PINK ROSES DIVIDER
Selamat Datang ke Laman Fadhlinislam
Photobucket

Selasa, 25 Mei 2010



BESARNYA PENGORBANANmu…
Wahai suamiku..


Suamiku yang tercinta,

Suamiku yang palingku sayangi,terlalu tinggi pengorbananmu buatku,

Aku tenang di sini kerana ku yakin kau telah menerima hakikat ini dengan tabah dan bijaksana..pengorbananmu terlalu tinggi..tika mana dirimu sedia melepasku dan mengizinkanku untuk meneruskan perjuanganku dibumi anbia ini.Yakinlah,perpisahan sebenar bukan kerana jaraknya destinasi…tetapi oleh kerana aku ingin menghabiskan saki baki perjuanganku dalam mencari mutiara ilmu2Nya.Perpisahan ini, insya-Allah akan menyuburkan cinta kita…diakhirnya nanti akan memberikan kita natijah yang baik untuk kita,keluarga dan rumahtangga kita..sekiranya kita menerimanya sebagai satu didikan Allah.Yakinlah sayang,kita akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis.Perpisahan ini adalah mahar yang paling bernilai untuk kita suatu hari nanti,ku menunggu saat yang indah itu..sayang.

Semoga perpisahan sementara ini menguatkan lagi jiwaku dan jiwamu sehinggalah ke hari ini,Tiadalah ubat jiwa yang paling mujarab kecuali mencintai Allah.. Dan dengan cinta itu nanti semoga kita saling menyintai kerana Allah – cinta yang lebih tulus suci murni.

Ya,Allah..

Teguhkanlah hati suamiku dalam menitip setianya demi menunggu kepulanganku disisinya nanti.Ya,Allah,Ampunilah dosa-dosa suamiku dan memaafkan semua kesalahannya. Kuatkanlah iman dan taqwanya…KAU suburkanlah rasa cinta antara kami..sesungguhnya ku berharap padaMu.

“YaRahim…

Berikanlah suamiku KekuatanMu…

“YaRahman…

Maniskanlah akhlak suamiku semanis wajahnya. Hiasilah kata-kata dari lidahnya dengan kebenaran dan ketegasannya dalam mentarbiyah jiwa2 manusia,KAU hiasilah matanya dengan kecantikan lahiriah yang diselusuri bersamanya iman dan taqwa padaMu.Ya,Allah,
Berilah kecantikan dan keindahan hakiki dengan limpahan taqwa yang sejati.”

“YaRabbi…

Lembutkan hati suamiku agar mudah ia mengadu pada-Mu. Lenturlah jiwanya agar istiqamah dalam sujudnya pada-Mu. Haluskanlah perasaannya agar dia mampu menangis dan merintih pada-Mu.Lunturkan dirinya dalam menerima tarbiyahMu kerana di situlah pengiktirafanMu sebagai hamba-Mu.”

Suamiku yg dikasihi,
Ramai pasangan berpisah kerana putus cinta. Namun lebih ramai yang terpisah kerana terlalu cinta. Bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah,, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta sesama mereka. Ia akan layu,kesepian dan keseorangan. Pada cinta yang ilusi begini…pertemuan adalah perpisahan.Tapi bila cinta itu cinta hakiki, berpisahkan masih bertemu.
Justeru, perpisahan ini akan menyelamatkan kita dari godaan dunia(wanita/jiran tetangga/masyarakat/musuh2 yg tidak ingin melihat rumahtangga kita bahagia) Perpisahan sementara ini adalah mehnah yang akan menguatkan kembali ikatan perkahwinan.Ia adalah satu “reaksi berantai” kepada semua yang ada ikatan dengan kita. Agar semuanya bergantung dengan Allah semata-mata.
Jangan kita bergantung dengan selain-Nya.

Pernah ku kuatkn hatimu dgn sebuah pengorbanan seorang isteri tika mana SITI HAJAR isteri NABI IBRAHIM,siti hajar ditinggalkan suaminya kerana menjalankan perintah ALLAH..hajar ditinggalkan bersama2 ismail yg masih kecil dipadang pasir yg kering kontang tanpa ada sedikit pun hidupan yg membantu,namun lihatlah nikmat IMAN dan ISLAM,KEYAKINANNYA dan PENYERAHAN DIRINYA..SITI HAJAR..dan hari ini tanah yg tandus itu menjadi tempat kunjungan manusia seluruh dunia..KOTA MEKAH,menjadi pusat segalanya.

Makhluk yang terhubung atas nama suami, isteri, ibu, bapa, anak, adik, abang, kakak, saudara, sahabat atau apa sahaja akhirnya akan pergi jua. Sesungguhnya, perpisahan adalah cara Allah “mencantas” pergantungan hati kita dengan yang bernama makhluk.

Hakikatnya saat itu pasti tiba. Mati boleh terjadi bila-bila. Ketika itu jika hati tidak bersedia… pedih dan sakitnya tentu terlalu sukar untuk ditanggung..Mungkin hilang kewarasan, mungkin luntur semangat, kecewa untuk meneruskan hidup. Dan paling khuatir, terhakis iman, tercalarnya tauhid.

Sayang…

bergantunglah pada Allah kerana hubungan kita dengan-Nya tidak akan dipisahkan dengan istilah janda, duda dan yatim. Sedangkan hubungan kita sesama manusia tidak dapat lari dari perkara yg pasti diputuskan oleh MATI. Justeru… anggaplah perpisahan itu satu persediaan untuk kita menghadapi saat kematian yang sudah pasti datang.

Syukur kerana dahulu pernah aku terlintas, bagaimana nanti kalau kalau salah seorang daripada kita dipanggil pulang oleh Allah? Apakah ketika itu hati akan redha? Ah, lantaran benci merasainya, fikiran dikunci daripada memikirkannya…. Padahal itu sudah pasti. Oh! Tuhan, benci betul rupanya kita kepada mati.

Angkuh betul kita dengan ‘milik’ pinjaman Allah ini. Seolah-olah suami,isteri, anak-anak dan lain-lain itu benar-benar kepunyaan kita. Terlalu berat untuk memulangkannya. Sebab ‘memulangkannya’ bererti berpisah!
Tidak sanggup kita “pulangkan” kembali bila tarikh pulangnya sudah tiba. Kini, alhamdulillah, pinjaman itu dipinta kembali oleh Allah buat sementara… aku diserahkan kembali olehmu, dan kau diserahkan kembali olehku kepada-Nya.

Didikan ini sangat mahal harganya. Inilah intipati iman kita kepada satu ayat Quran yang sangat bermakna bagi yang memahaminya:
“Sesungguhnya kita kepunyaan Allah,, dan kepada Allah kita akan dikembalikan.”Bersedialah untuk menghadapi yang terburuk akibat perpisahan ini. Namun jangan sekali-kali terputus dari berharap sesuatu yang terbaik.

Doaku dan doamu pasti dicelahi oleh rasa bimbang takut-takut tidak diperkenankan tetapi padamkanlah segalanya dengan satu keyakinan bahawa ia pasti diperkenankan. Amin. Yang penting… bukan diperkenankan atau tidak, tetapi semoga Allah tingkatkan kesabaran, keimanan dan tawakal kita menghadapi apa jua takdir-Nya.

suamiku, jangan dipinta diringankan ujian, tetapi pintalah ‘beratnya’ iman untuk menghadapi ujian itu!kehebatan seseorang itu sering diukur oleh ‘kebesaran’ ujian yang dihadapinya. semakin besar ujian, semakin besarlah kehebatan seseorang hamba disisiNya.
Maka begitulah dengan cinta kita, semakin diuji, maka semakin kukuh cinta kita semakin mekar mewangi…InsyaAllah,amin.

Nukilan buat suamiku yang tercinta CHE FADZLI...tanpa pertemuan demi ilmu,perjuangan dan masa depan bersama...Hanya air mata yang mengalir dan doa syahdu kepada Ilahi yang mengisi ruang hatiku kini…saat kerinduan pada suami dan keluarga bertamu. Berdoa agar Allah memberikan kita peluang itu lagi…

Suamiku,ALLAH sentiasa bersama kita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

THANKS ALLAH FOR GIFT THIS LOVE

Red Roses