PINK ROSES DIVIDER
Selamat Datang ke Laman Fadhlinislam
Photobucket

Selasa, 5 Oktober 2010

Sabtu, 10 Julai 2010

Buat para/bakal suami dan isteri/bakal isteri, renung2kan lah........
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia? Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....... ... See MorePernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama. Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya. Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya. Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya. Isteri adalah murid kamu mursyidnya. Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya. Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya. Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya. Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya. Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana. Justeru kamu akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w. Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah. Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..! Untuk isteri.... renungkanlah..... Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia? Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw. Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub. Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf. Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh.. Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama. Suami menjadi pelindung kamu penghuninya. Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya. Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya. Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya. Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya. Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya. Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana. Justeru kamu akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga. Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara . Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin! Justeru itu wahai para suami dan isteri, Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semuliaRasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah...

Khamis, 1 Julai 2010

sebuah perjuangan dan tanggungjawab..

Bermula sebuah kisah perjuangan seorang hambaNya dibumi anbia,mencari sebuah noktah terakhirnya untuk perjuangannya itu…perjuangan yang masih berbaki ini.. memerlukan kepada garis penamat yang sempurna..dalam dilema tanggungjawabnya sebagai seorang isteri..sebagai seorang anak..sebagai seorang pelajar..dia melangkah pergi meninggal suami yang baru sebulan dinikahinya..kini dia berdiri atas tanggungjawabnya sebagai seorang isteri juga tanggungjawab seorang anak yang berjanji kepada orang tuanya untuk pulang dengan segulung ijazah..sebagai bukti pada keluarganya,adik beradik dan sanak saudaranya..bebanan yang maha berat ini ditanggungnya tanpa difikirkan dulu..apakah natijah yang bakal dia tempuhi dihari muka..dengan keyakinannya yang tinggi pada MAHA PENCIPTA..langkah itu diaturnya..keazaman yang tinggi ditanam kemas dalam hatinya,berbekalkan doa..moga-moga disana hadir bersamanya pertolongan Allah.
“Everytime you felt like you cannot go on.. you felt you lost and so alone…you feel so helpless and can see which way to go..All you see the night and see the darkness all around ..everytime you make one more mistake..you feel you can repent and that way to late..can see which way to go..don’t despair and never loose hope..cause Allah is always by your side..insyAllah..you find your way..if you felt confused with the wrong decision you have made…haunt your mind and your heart…raise your hand and pray to Allah and find HIS WAY..turn to Allah..HE will show you and guide you to the end”
30 november 2009 dia menempah perjalanannya ke bumi anbia..1 disember 2009 bermula lagi perjalanan hidupnya sebagai seorang pelajar di sebuah universiti tertua didunia..Universiti Al Azhar..namun statusnya kini bukanlah seperti sebelumnya..tetapi sebagai seorang pelajar,anak dan juga seorang isteri..
Namun demi sebuah perjuangan itu digagahinya jua..tiada lain hanyalah sebuah harapan..sebuah impian..untuk membantu insan-insan yang disayanginya itu..
Kini perjalanan hidupnya bermula lagi dalam tiupan debu kota firaun dan nabi musa ini dia kembali mencari mutiara-mutiara ilmuNya..dia tak pasti imtihannya kali ini akan menatijahkan yang terbaik untuknya atau akan pulang dengan tangan kosong..
Namun diteruskan juga perjuangan ini..moga-moga segala pengorbanannya itu membahagiakannya dan insan-insan yang disayanginya itu..moga disana ada belas kasihan dari MAHA PENCIPTA untuk dirinya..walaupun dia tahu..rezeki itu akan diberi kepada siapa yang DIA kehendaki..andainya dia pulang dengan tangan kosong,maka dia kena mempersiapkan dirinya untuk berhadapan dengan banyak lagi ujian yang belum pasti dapat ditanggungnya lagi..hatinya sayu..air matanya mengalir membasahi pipinya..bagai memahami isi hatinya yang kegusaran..apakah disana ada secebis belas kasihan MAHA PENCIPTA untuk dirinya..
Ya,Allah..Engkau mengetahui apa yang tidak aku ketahui..aku cuba meneruskan perjuangan ini..hanya dengan tiupan semangatMu..hanya dengan pertolonganMu Ya Allah..aku berusaha sehingga ke hari ini..aku tidak tahu dimanakah jalan yang terbaik untuk ku..Sesesungguhnya perjalanan hidupku ini dibawah aturanMu dan Engkau mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu ini dan kini aku masih setia berdiri dibumi anbia ini..walaupun diri ini telah pun beberapa kali diuji dengan ujian perasaan dari setiap insan yang disayangiku..namun berbekalkan iman setipis kulit bawang ini ku terus melangkah dan melangkah..walaupun terlalu sukar..dalam kepayahan ku tempuhi jua..ditelan ujianMu itu satu persatu..kerana padaMu jualah aku kembali..walaupun ujian itu sepahit hempedu..Ya,Allah tunjukkanlah aku jalan-jalanMu itu..bimbinglah hati ku ini agar aku tidak termasuk dari kalangan hamba-hamba yang kufur nikmatMu..didiklah jiwaku dengan tarbiyahMu Ya Allah,agar aku menjadi hamba yang beriman padaMu dan KekasihMu..
BECAUSE YOU LOVE ME
For all those times you stood by me..for all the truth that you made me see...for all joy you brought to my life...for all the wrong that you made right..for every dream you made come true...for all the love i found in you..you all the one who held me up..never let me fall..you are the one who saw me through..through it all..
you were my strength when i was weak..you were my voice when i could speak...you were my eyes when i couldn't see..you saw the best there was in me...lifted me up...when i couldn't reach...you gave me faith cause you believed...i'm everything i am because you love me
you gave me wings and made me fly,you touched my hand I could touch the sky, I lost my faith,you gave it back to me,you said no star was out of reach.you stood by me and I stood tall,I had your love and I had it all,I’m grateful for each day you gave me,may be I don’t know that much,but I know this much is true,I was blessed because I was loved by you..
you were always there for me,the tender wind that carried me, a light in the dark shining your love into my life..You ‘ve been my inspiration,through the lies you were the truth,my world in better place BECAUSE OF YOU
you were my strength when i was weak..you were my voice when i could speak...you were my eyes when i couldn't see..you saw the best there was in me...lifted me up...when i couldn't reach...you gave me faith cause you believed...i'm everyhing i am BECAUSE YOU LOVE ME

Jumaat, 25 Jun 2010

Siapakah Rabiatul Adawiyah

MUSTALAH HADIS

ILMU MUSTALAH HADITH
Pengertian Hadith
Mustalah hadith ialah satu ilmu untuk mengetahui istilah-istilah yang
digunakan dalam ilmu hadith. Orang yang mula menyusunnya ialah Qadi Abu
Mahmud al-Ramahramzi [Tahun 360 Hijrah].

Hadith menurut bahasa, ialah pertama: Yang baru, Kedua: Perkhabaran,
Ketiga: Yang dekat atau yang belum lama.

Menurut istilah ahli hadith pula: ialah segala ucapan nabi, segala
perbuatan dan segala keadaannya. Masuk ke dalam pengertian keadaannya,
segala yang diriwayatkan dalam buku sejarah seperti hal kerasulannya,
tempatnya dan segala yang berkaitan dengan baginda. Pengertian ini samalah
dengan pengertian sunnah menurut istilah golongan ahli hadith. Tetapi
pengertian ini berlainan dengan pengertian ahli usul. Dan sebab
berlainan ini ialah kerana berlainan jurusan yang mereka lihat dan
mereka tinjau.

Ahli (ulama') hadith membahaskan peribadi rasul sebagai seorang yang
dijadikan ikutan bagi umatnya. Kerana ini mereka pindahkan dan mereka
terangkan segala yang bersangkutan dengan rasul, baik mengenai riwayat,
perjalanannya, mengenai budi pekertinya, keutamaannya, keistimewaannya,
tutur katanya, perbuatan-perbuatannya; sama ada yang dapat mewujudkan
hukum atau tidak.

Ulama' usul membahaskan rasul sebagai seorang pengatur undang-undang
yang meletakkan atau menciptakan dasar-dasar ijtihad bagi para mujtahid
sesudahnya, dan menerangkan kepada manusia perlembagaan
hidup (dustur al-hayat) maka mereka pun memperhatikan segala tutur kata
rasul, perbuatan-perbuatannya dan taqrirnya, iaitu
pengakuan-pengakuannya bersangkutan dengan perkara penetapan hukum.

Sementara itu ulama' fiqh membahaskan peribadi rasul sebagai seorang
yang seluruh perbuatannya atau perkataannya atau menunjukkan kepada
suatu hukum syara'. Mereka membahaskan hukum-hukum yang mengenai para
mukallaf dan perbuatan mereka dari segi hukum wajib, haram, harus,
makruh dan mandub (sunat).

[Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Sharif an-Nawawi]

HADITH SAHIH

Iaitu hadith yang berhubung sanadnya dari permulaan hingga akhirnya dan
orang yang menjadi riwayatnya semuanya mempunyai sifat-sifat ini:

a) Adil
b) Dabid
c) Sejahtera dari keganjilan
d) Sejahtera dari 'illat (kecederaan) yang memburukkan).

(a) 'Adil: Yang dimaksudkan dengan 'adil ialah: Orang Islam, baligh,
ber'akal, tidak mengerjakan dosa besar, tidak pula berkekalan melakukan
dosa kecil dan tidak mengerjakan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah
atau kehormatan diri.

(b) Dabid: Yang dimaksudkan dengannya ialah: Orang yang cukup kuat
ingatan untuk mengingat sesuatu yang didengarnya. Bila sahaja
dikehendaki ia dapat mengeluarkannya (menyebutkannya) dari ingatannya
dengan mudah. Termasuk kepada pengertian ini apabila ia menulis hadith
yang telah didengarnya dan disimpannya serta diyakini benar-benar sahnya
sehingga diriwayatkan orang daripadanya.

(c) sejahtera dari keganjilan: Yang dimaksudkan ialah: Sejahtera
riwayatnya dari perbezaan dari riwayat orang-orang yang kepercayaan
dengan bertambah atau berkurang pada sanadnya atau matannya.

(d) Sejahtera dari 'illat (kecederaan yang memburukkan): Yang
dimaksudkan ialah:

Sejahteranya dari sebab-sebab yang tersembunyi yang dapat memburukkan
atau mencacatkan hadith, misalnya; didapati setelah dilakukan penelitian
yang mendalam, bahawa di antara seorang perawi (yang meriwayatkan
hadith) yang tadinya disangka kuat ingatan,namun ternyata seorang yang tidak
kuat ingatannya.

Hadith sahih boleh dijadikan hujjah dalam hukum Islam misalnya ialah:

"Tidak ada sembahyang bagi orang yang tidak membaca Fatihah." (Riwayat
Bukhari dari 'Ubadah bin Samit)

"Kalaulah tidak aku menyusahkan atas ummatku nescaya aku perintahkan
mereka dengan bersugi pada tiap-tiap kali sembahyang." (Riwayat Bukhari
dari Abu Hurairah)

"Barangsiapa mengumpulkan (sesuatu barang untuk dijual dengan harga yang
lebih mahal) maka ia adalah bersalah." (Riwayat Muslim, Abu Dawud dan
Tirmizi)

[Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Sharif an-Nawawi]


Pengertian Sunnah

Sunnah menurut bahasa: ialah jalan yang dilalui sama ada terpuji atau
tidak; juga suatu adat yang telah dibiasakan walaupun tidak baik. Rasul
SAW bersabda:

"Sungguh kamu akan mengikuti sunnah-sunnah (perjalanan-perjalanan) orang
yang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta
sehingga sekiranya mereka memasuki lubang dhob (serupa binatang biawak)
nescaya kamu memasukinya juga." (Hadith riwayat Muslim)

"Barangsiapa menjalani suatu sunnah (perjalanan) yang baik, maka baginya
pahala sunnah itu dan pahala yang mengerjakan dengannya hingga hari
qiamat, dan barangsiapa mengadakan suatu sunnah (perjalanan) yang jahat
(buruk) maka atasnya dosanya dan dosa orang yang mengerjakan dengannya
hingga hari qiamat." (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)

Jelaslah bahawa menurut hadith tersebut, perkataan sunnah itu diertikan
dengan perjalanan, sama ada baik atau pun yang jahat, sebagaimana yang
dimaksudkan oleh bahasa.

Sunnah menurut istilah ahli hadith: ialah segala yang dipindahkan dari
nabi sallallahu 'alayhi wa sallam baik yang merupakan perkataan,
perbuatan, mahupun yang merupakan taqrir, sebelum nabi dibangkitkan
menjadi rasul, mahupun sesudahnya. Kebanyakan ahli hadith menetapkan
bahawa pengertian yang demikian sama dengan pengertian hadith.

Sunnah menurut pengertian dan istilah ahli usul: ialah segala yang
dipindahkan dari nabi sallallahu 'alayhi wa sallam sama ada perkataannya
dan perbuatannya, mahupun taqrirnya yang bersangkutan dengan hukum.
Inilah pengertian yang dimaksudkan oleh sabdanya ini:

"Sesungguhnya aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara tidak akan kamu
sesat selama kamu berpegang dengan keduanya: iaitu Kitab Allah dan
Sunnah Rasulnya". (Hadith riwayat Malik)

1. Contoh sunnah (hadith) perkataan ialah:

"Segala 'amal itu dengan niat." [Riwayat Bukhari, Muslim dan sekelian
ulama' hadith]

2. Contoh sunnah (hadith) perbuatan ialah:

"Bersembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang."
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

3. Contoh hadith (sunnah) taqrir. Taqrir ialah: (a) Nabi SAW
membenarkan apa yang diperbuat oleh seorang sahabat dengan tidak
mencegah atau menyalahkan serta menunjukkan keredhaannya; (b) menerangkan
kebagusan yang diperbuat itu serta dikuatkan pula.

Contoh yang pertama ialah sebagaimana Nabi saw membenarkan ijtihad para
sahabat mengenai urusan sembahyang 'Asar di Bani Quraizah dengan
sabdanya:

"Jangan bersembahyang seorang kamu melainkan di Bani Quraizah." [Riwayat
Bukhari]

Sebahagian sahabat memahamkan perkataan itu menurut hakikat larangannya
lalu menta'khirkan sembahyang 'Asar itu sampai selepas Maghrib. Dan ada
sebahagian yang lain tidak memahamkan demikian, mereka memahamkan bahawa
yang dimaksudkan nabi bercepat-cepat pergi ke Bani Quraizah. Kerana itu
mereka mengerjakan sembahyang 'Asar pada waktunya, sebelum tiba ke Bani
Quraizah.

Kedua-dua perbuatan sahabat yang berlainan oleh berlainan ijtihad sampai
kepada Nabi saw beritanya, dan Nabi saw tinggal berdiam diri tidak
membantah apa-apa.

Contoh yang kedua sebagaimana yang diriwayatkan bahawa Khalid bin Walid
pernah memakan dhob (serupa binatang biawak) kemudian dikemukakan orang
kepada Nabi saw. Nabi saw sendiri enggan memakannya, maka bertanya
sebahagian sahabat:

"Adakah diharamkan memakannya ya Rasulullah? Lalu ia bersabda: Tidak! cuma
binatang itu tidak ada di negeri kaumku, kerana itu aku tidak gemar
kepadanya."

Selanjutnya pernah juga dinamakan sunnah itu suatu yang ditunjuki oleh
dalil syara', baik berdasarkan dalil Qur'an atau pun berdasarkan hadith,
mahu pun berdasarkan ijtihad para sahabat, seperti mengumpulkan mashaf
(Qur'an) dan menyuruh manusia membaca menurut suhuf 'Uthman, dan seperti
membukukan ilmu (menyusun dan mengarangnya).

Lawan dari sunnah ini ialah bid'ah, inilah yang dimaksudkan oleh hadith:

"Berpeganglah kamu sungguh-sungguh dengan sunnahku dan sunnah
khalifah-khalifah yang mendapat petunjuk sesudahku." [Abu Daud &
Tarmizi]

Sementara itu ulama' fiqh berpendapat, bahawa suatu yang diterima dari
Nabi saw dengan tidak difardhukan dan tidak diwajibkan dinamakan sunnah.
Imbangannya ialah wajib, haram, makruh dan mubah. Lawannya ialah bid'ah;
talak yang dijatuhkan dalam haid menurut mereka dinamakan: talak bid'ah.

Ulama' Syafi'e mengatakan bahawa sunnah itu: ialah suatu yang dipahala
orang yang mengerjakannya, tidak disiksa bagi orang yang meninggalkannya.

Menurut ulama' mazhab Hanafi, sunnah itu: ialah suatu yang disunnahkan
Nabi saw atau para khalifah serta dikekalkan mengerjakannya, seperti
azan dan berjema'ah.


PERBEZAAN ANTARA HADITH DENGAN HADITH QUDSI

Dalam kitab-kitab hadith didapati hadith Qudsi. Ulama' hadith mengatakan
bahawa hadith Qudsi itu: ialah perkataan Nabi saw yang disebut dengan
mengatakan Allah bertitah , disandarkan perkataan itu kepada Allah dan
diriwayatkan daripadanya.

Kesimpulannya Hadith Qudsi: ialah titah Allah yang disampaikan kepada
Nabi saw di dalam mimpi atau dengan jalan ilham, lalu Nabi saw
menerangkan apa yang disampaikan itu kepada umatnya dengan ibarat atau
susunan perkataannya sendiri serta menyandarkan kepada Allah; sedang
hadith-hadith yang lain tidak demikian itu. Hadith Qudsi itu dinamakan
juga Hadith Ilahi atau Hadith Rabbani.

Dan pernah pula dibezakan Hadith Qudsi dengan yang lainnya; iaitu segala
hadith yang bersangkut dengan kebersihan atau kesucian zat Allah dan
sifat-sifat kebesaran dan kemuliaanNya. [Kitab al-Dar al-Nadid min
Majmu'ah al-Hafid]

Contoh Hadith Qudsi itu, Rasulullah saw bersabda:

"Firman Allah Ta'ala: Tiap-tiap amal anak Adam untuknya kecuali puasa,
maka sesungguhnya puasa itu untukKu, dan Aku akan memberi balasan
dengannya. Dan puasa itu perisai, maka apabila seorang kamu berpuasa
janganlah ia memaki-maki, mencarut-carut dan janganlah dia
menghiruk-pikukkan; maka jika dia dimaki oleh seorang atau hendak
dibunuhnya, hendaklah ia katakan: aku ini berpuasa." (Hadith riwayat
Bukhari & Muslim)

Rasulullah saw bersabda:

"Firman Allah Ta'ala: Aku menurut persangkaan hambaKu dan Aku bersamanya
di mana saja ia sebut (ingat) akan daku." (Hadith riwayat Bukhari &
Muslim)

[Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Sharif an-Nawawi]

ISTILAH-ISTILAH DALAM ILMU MUSTALAH HADITH

Istilah: Pengertian

Ilmu Mustalah Hadith: Ilmu mengenai kaedah atau usul yang dapat dikenali dengannya hal ehwal sanad dan matan dari segi penerimaan atau penolakannya.

Hadith: Segala apa yang disandarkan kepada Rasulullah saw sama ada percakapan, perbuatan, diam, setuju atau sifat-sifat baginda sama ada sifat zahir atau batin.

Sunnah: Sama maksudnya dengan hadith.

Khabar: maksudnya lebih umum daripada hadith, meliputi apa yang diriwayatkan dari nabi saw dan selainnya.

Athar: Sesetengah ulama berpendapat, ia merujuk kepada kata-kata sahabat ra.

Hadith Qudsi: Hadith yang lafaznya adalah daripada Nabi saw manakala maknanya daripada Allah swt sama ada melalui mimpi atau ilham.

Sanad: Rangkaian perawi atau jalan yang menyampaikan kepada hadith.

Matan: Lafaz-lafaz hadith yang membentuk pengertian

Isnad:
iaitu menyebutkan hadith itu kepada orang yang mengatakannya. Sanad dan isnad hampir sama ertinya; keduanya adalah penting untuk menentukan nilaian hadith. 'Abdullah bin Mubarak berkata: "Isnad adalah dari urusan agama, dan kalaulah tidak kerana isnad, nescaya berkatalah orang yang mau apa yang ia mau berkata."

Musnid: Orang yang meriwayatkan hadith dengan isnadnya.

Musnad: Kitab-kitab hadith yang disusun mengikut nama para sahabat yang menyampaikan hadith.

Musannid: iaitu orang yang meriwayatkan hadith dengan isnadnya.

Muttafaq ’Alaih: Hadith yang disepakati oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Muhaddith: orang yang mahir dengan hadith dan menghafal kurang daripada 100000 hadith.

Al Hafiz: Menghafaz sebanyak 100,000 hadith dengan isnadnya.

Al Hujjah: Darjatnya lebih tinggi daripada al Hafiz. Menghafal 300000 buah hadith termasuk matan, sanad, jarh, ta’dil dan sejarahnya.

Al Hakim: Darjat tertinggi di kalangan ahli hadith. Mengetahui segenap hal berkenaan hadith, menghafal lebih daripada 700000 buah hadith.

Mutawatir: Hadith yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang mana tidak munasabah mereka bersepakat untuk berdusta terhadap hadith nabi.

Ahad: Hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi atau lebih tetapi tidak mencapai darjat mutawatir.

Asal sanad: terdiri drp para sahabat.

Awal sanad: Perawi yang terakhir seperti Imam Bukhari.

Akhir sanad (Muntahāhu): terdiri drp para sahabat.

Al Lāhiq: Perawi yang terkemudian meninggalnya.

Al Sābiq: Perawi yang lebih awal meninggalnya.

Ilmu Jarh wa Ta’dil: Ilmu yang membincangkan tentang kualiti para perawi hadith.

Ilmu Ma’rifat al Sahabah: Ilmu pengenalan tentang sahabat.

Ilmu Tarikh al Ruwat:
Ilmu yang membahaskan tentang sejarah hidup para perawi, tempat lahir, tarikh lahir, kematian, mazhab yang diikuti, negeri yang pernah dilawati dan apa-apa yang berkaitan dengannnya.

Ilmu Masikh Mansukh: Ilmu yang membahaskan tentang hadith yang telah dinasakhkan dan hadith yang menasakhkan.

Ilmu Gharib al Hadith: Ilmu yang menerangkan tentang perkataan yang terdapat dalam matan hadith di mana ia sukar difahami maknanya.

Ilmu ’Ilal Hadith: Ilmu yang membahaskan tentang kecacatan yang tersembunyi dalam hadith dan ia boleh mencacatkan hadith tersebut.

Al Jarh: Menyebutkan sesuatu keaiban yang terdapat pada seseorang rawi yang boleh menyebabkan hadith yang diriwayatkannya tertolak.

Al Ta’dil: Menyifatkan seseorang hadith dengan sifat-sifat yang menyebabkan dia dinilai sebagai adil dan menjadi asas penerimaan hadith yang diriwayatkannya.

Istikhraj dan Ikhraj:

iaitu mengambil sesuatu hadith dari sesuatu kitab, dan mencari sanad yang lain dari sanad penyusun kitab itu, atau menerangkan bahawa hadith itu dipindahkan oleh penyusun dari kitab yang lain; umpamanya dikatakan: Akhrajah Al-Bukhari, ertinya: mengeluarkan hadith itu oleh Imam Bukhari; maksudnya ada disebut di dalam Bukhari dan ia memindahkannya ke dalam kitabnya.

Riwayat: iaitu memindahkan hadith dari seorang kepada seorang yang lain, dan orang yang memindahkan disebut rawi.

Khamis, 24 Jun 2010


You come to me by your own way..you touch my heart..I set you in my heart..i know something you feel about me..when I looking at you..there were something inside you..and this world doesn’t know..it grow and grow..inside you..any way that compare with everything you do to me..what make you different..and make you beautiful to me..you touch my heart..you come with something prove to me..you don’t know how you make my life brief..you are important to me..now and forever..because I LOVE YOU..my dear HUSBAND

Disebalik redup matamu..tersimpan satu rahsia yang terbuku diruangan hatimu..
Disebalik senyumanmu..tersirat simpulan..deritanya..hanya kau yang tahu..
Kau setia menanti..kau setia mengharungi..biarpun ribut badai melanda..
Kau teguh berdiri walau deras angin berderu..kau tetap disisiku..
Ku doakan agar kau bahagia..ku doakan agar tiada lagi derita..
Moga tuhan kan merahmatimu..disyurga yang selayaknya..
Setiamu padaku amat ku hargainya..kerana engkau suami yang amatku sanjungi..kerana kaulah yang bersemi dihatiku kini..Ku doakan agar kau bahagia..ku doakan agar tiada lagi derita perpisahan ini..pemisah kita lautan benua..moga tuhan kan merahmatimu disyurga yang selayaknya untuk seorang suami yang setia menanti kepulanganku dimedan perjuangan..

Rabu, 23 Jun 2010

BECAUSE YOU LOVE ME

For all those times you stood by me..for all the truth that you made me see...for all joy you brought to my life...for all the wrong that you made right..for every dream you made come true...for all the love i found in you..you all the one who held me up..never let me fall..you are the one who saw me through..through it all..
you were my strength when i was weak..you were my voice when i could speak...you were my eyes when i couldn't see..you saw the best there was in me...lifted me up...when i couldn't reach...you gave me faith cause you believed...i'm everyhing i am because you love me
you gave me wings and made me fly,you touched my hand I could touch the sky, I ost my faith,you gave it back to me,you said no star was out of reach.you stood by me and I stood tall,I had your love and I had it all,I’m grateful for each day you gave me,may be I don’t know that much,but I know this much is true,I was blessed because I was loved by you..
you were always there for me,the tender wind that carried me, a light in the dark shining your love into my life..You‘ve been my inspiration,through the lies you were the truth,my world in better place BECAUSE OF YOU
you were my strength when i was weak..you were my voice when i could speak...you were my eyes when i couldn't see..you saw the best there was in me...lifted me up...when i couldn't reach...you gave me faith cause you believed...i'm everyhing i am BECAUSE YOU LOVE ME

Rabu, 9 Jun 2010


قال الله تعالى :
ولا تهنوا ولا تحزنوا وأنتم الأعلون ان كنتم مؤمنين
“Janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu bersedih kerana kamulah orang-orang yangberuntung sekiranya kamu beriman” {Surah Ali Imran: 139 }

Beruntunglah insan-insan yang diuji oleh ALLAH kerana ujian itu adalah tarbiyah terus daripada ALLAH kepada kita. Insan-insan yang sentiasa diuji inilah insan yang menjadi pilihan ALLAH,ujian ini adalah untuk menguji tahap keimanan kita..Allah rindu mendengar tangisan khauf dan raja’ hamba-hambanya yang soleh yang memohon dan tak pernah berhenti berharap padaNYA.Muhasabah diri kita balik, berapa kerap kita mengalirkan airmata bersungguh-sungguh bila mengenangkan azab dan murka ALLAH..kita hanya menangis bersungguh-sungguh bila kita rasa tak terdaya menanggung ujian. Jadi, ALLAH nak mengajar kita erti dan hakikat seorang hamba yang benar-benar mengharapkan Rahmat dan Kasih ILAHI dan sepenuh pergantungan pada-NYA. Jangan mudah berputus asa kerana Rahmat dan Kasih Sayang ALLAH meliputi segala-galanya. Selagi mana kamu yakin dengan janji-janji-NYA, kamu takkan pernah rasa berputus asa..dan selagi mana kamu kukuh kejapkan keyakinan dan kecintaan kamu pada ALLAH, nescaya janji-janji-NYA bukan sia-sia. Yakin..yakin..dan yakinlah, pasti mentari bahagia akan menjelma dan pasti tercoret sejuta hikmah disebalik ujian yang menimpa…bisikkan ke dalam diri, pasti ku temui bahagia suatu ketika nanti. Dan jangan kita lupa orang yang dilimpahi dengan kesenangan juga diuji ALLAH dengan ujian kemewahan dan kebahagiaan yang akan melalaikan mereka. Ingat dan hakikat kita sebagai hamba-NYA, ujian ALLAH tak mengira masa, tempat, keadaan..Cuma kita perlu menjadi jiwa yang redha dan menerima..kerana dari situlah jiwa kita ditarbiyyah dengan sifat sabar dan ikhlas


Duhai kalbu..
Amat sukar kutafsir nurani yang membisu..
Walau pada haqnya..amat lancar melontarkan kata-kata..
Dalam kepiluan menerima suratan..
Keredhaan yang utuh dibangunkan…tertarah juga dek linangan air mata…
Walau jasadi sedaya upaya memangkas semua itu daripada berpucuk di hati…
Tapi apalah qudrat seorang hamba..ilmunya tak terjangkau ke sebalik dimensi kehidupan…
Kata hati kadangkala sememangnya amat sukar untuk ditelah..
Sok kuat tiada maknanya seketika..
Hakikat insaniah yang lemah…
Merungkai kebenaran…
Ya Allah yang maha kuasa..
Ku tahu…inilah yang terbaik untukku..
Kerna mata kasarku masih belum berupaya untuk menerjah
Natijah disebalik kepayahan..
Rahmat disebalik ujian…
Dan nikmat disebalik musibah..
Kugagahi jua perjalanan ini..
Mengampuhkan benteng keimanan dengan kalamMu alquran..
Ingatan pembasah bibir hanya padamu yang maha mendengar..
Ketentuan dan ketetapan…
Bakal menemukan cahaya yang ingin dicari…
Semoga kasihku dan kasihMu bersimpul erat..
Menjadi wasilah padaMu sang Khaliq..
Keutamaan cinta yang kekal abadi…

Rabu, 2 Jun 2010

Bila kau letih&hilang semangat..Allah tahu betapa dirimu tlh mencuba sedaya upaya..bila tangisanmu berpanjangan&hatimu kedukaan..Allah tlh mengira titisan air matamu..bila kau rasa ketinggalan&masa meninggalknmu..
Allah setia disisimu,bila kau mencuba segalanya..tapi tak tahu tujuan..Allah ada jalan penyelesaiannya..bila tiada bererti buatmu keliru&kecewa..
Allah adalah jawapannya...

Selasa, 25 Mei 2010



BESARNYA PENGORBANANmu…
Wahai suamiku..


Suamiku yang tercinta,

Suamiku yang palingku sayangi,terlalu tinggi pengorbananmu buatku,

Aku tenang di sini kerana ku yakin kau telah menerima hakikat ini dengan tabah dan bijaksana..pengorbananmu terlalu tinggi..tika mana dirimu sedia melepasku dan mengizinkanku untuk meneruskan perjuanganku dibumi anbia ini.Yakinlah,perpisahan sebenar bukan kerana jaraknya destinasi…tetapi oleh kerana aku ingin menghabiskan saki baki perjuanganku dalam mencari mutiara ilmu2Nya.Perpisahan ini, insya-Allah akan menyuburkan cinta kita…diakhirnya nanti akan memberikan kita natijah yang baik untuk kita,keluarga dan rumahtangga kita..sekiranya kita menerimanya sebagai satu didikan Allah.Yakinlah sayang,kita akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis.Perpisahan ini adalah mahar yang paling bernilai untuk kita suatu hari nanti,ku menunggu saat yang indah itu..sayang.

Semoga perpisahan sementara ini menguatkan lagi jiwaku dan jiwamu sehinggalah ke hari ini,Tiadalah ubat jiwa yang paling mujarab kecuali mencintai Allah.. Dan dengan cinta itu nanti semoga kita saling menyintai kerana Allah – cinta yang lebih tulus suci murni.

Ya,Allah..

Teguhkanlah hati suamiku dalam menitip setianya demi menunggu kepulanganku disisinya nanti.Ya,Allah,Ampunilah dosa-dosa suamiku dan memaafkan semua kesalahannya. Kuatkanlah iman dan taqwanya…KAU suburkanlah rasa cinta antara kami..sesungguhnya ku berharap padaMu.

“YaRahim…

Berikanlah suamiku KekuatanMu…

“YaRahman…

Maniskanlah akhlak suamiku semanis wajahnya. Hiasilah kata-kata dari lidahnya dengan kebenaran dan ketegasannya dalam mentarbiyah jiwa2 manusia,KAU hiasilah matanya dengan kecantikan lahiriah yang diselusuri bersamanya iman dan taqwa padaMu.Ya,Allah,
Berilah kecantikan dan keindahan hakiki dengan limpahan taqwa yang sejati.”

“YaRabbi…

Lembutkan hati suamiku agar mudah ia mengadu pada-Mu. Lenturlah jiwanya agar istiqamah dalam sujudnya pada-Mu. Haluskanlah perasaannya agar dia mampu menangis dan merintih pada-Mu.Lunturkan dirinya dalam menerima tarbiyahMu kerana di situlah pengiktirafanMu sebagai hamba-Mu.”

Suamiku yg dikasihi,
Ramai pasangan berpisah kerana putus cinta. Namun lebih ramai yang terpisah kerana terlalu cinta. Bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah,, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta sesama mereka. Ia akan layu,kesepian dan keseorangan. Pada cinta yang ilusi begini…pertemuan adalah perpisahan.Tapi bila cinta itu cinta hakiki, berpisahkan masih bertemu.
Justeru, perpisahan ini akan menyelamatkan kita dari godaan dunia(wanita/jiran tetangga/masyarakat/musuh2 yg tidak ingin melihat rumahtangga kita bahagia) Perpisahan sementara ini adalah mehnah yang akan menguatkan kembali ikatan perkahwinan.Ia adalah satu “reaksi berantai” kepada semua yang ada ikatan dengan kita. Agar semuanya bergantung dengan Allah semata-mata.
Jangan kita bergantung dengan selain-Nya.

Pernah ku kuatkn hatimu dgn sebuah pengorbanan seorang isteri tika mana SITI HAJAR isteri NABI IBRAHIM,siti hajar ditinggalkan suaminya kerana menjalankan perintah ALLAH..hajar ditinggalkan bersama2 ismail yg masih kecil dipadang pasir yg kering kontang tanpa ada sedikit pun hidupan yg membantu,namun lihatlah nikmat IMAN dan ISLAM,KEYAKINANNYA dan PENYERAHAN DIRINYA..SITI HAJAR..dan hari ini tanah yg tandus itu menjadi tempat kunjungan manusia seluruh dunia..KOTA MEKAH,menjadi pusat segalanya.

Makhluk yang terhubung atas nama suami, isteri, ibu, bapa, anak, adik, abang, kakak, saudara, sahabat atau apa sahaja akhirnya akan pergi jua. Sesungguhnya, perpisahan adalah cara Allah “mencantas” pergantungan hati kita dengan yang bernama makhluk.

Hakikatnya saat itu pasti tiba. Mati boleh terjadi bila-bila. Ketika itu jika hati tidak bersedia… pedih dan sakitnya tentu terlalu sukar untuk ditanggung..Mungkin hilang kewarasan, mungkin luntur semangat, kecewa untuk meneruskan hidup. Dan paling khuatir, terhakis iman, tercalarnya tauhid.

Sayang…

bergantunglah pada Allah kerana hubungan kita dengan-Nya tidak akan dipisahkan dengan istilah janda, duda dan yatim. Sedangkan hubungan kita sesama manusia tidak dapat lari dari perkara yg pasti diputuskan oleh MATI. Justeru… anggaplah perpisahan itu satu persediaan untuk kita menghadapi saat kematian yang sudah pasti datang.

Syukur kerana dahulu pernah aku terlintas, bagaimana nanti kalau kalau salah seorang daripada kita dipanggil pulang oleh Allah? Apakah ketika itu hati akan redha? Ah, lantaran benci merasainya, fikiran dikunci daripada memikirkannya…. Padahal itu sudah pasti. Oh! Tuhan, benci betul rupanya kita kepada mati.

Angkuh betul kita dengan ‘milik’ pinjaman Allah ini. Seolah-olah suami,isteri, anak-anak dan lain-lain itu benar-benar kepunyaan kita. Terlalu berat untuk memulangkannya. Sebab ‘memulangkannya’ bererti berpisah!
Tidak sanggup kita “pulangkan” kembali bila tarikh pulangnya sudah tiba. Kini, alhamdulillah, pinjaman itu dipinta kembali oleh Allah buat sementara… aku diserahkan kembali olehmu, dan kau diserahkan kembali olehku kepada-Nya.

Didikan ini sangat mahal harganya. Inilah intipati iman kita kepada satu ayat Quran yang sangat bermakna bagi yang memahaminya:
“Sesungguhnya kita kepunyaan Allah,, dan kepada Allah kita akan dikembalikan.”Bersedialah untuk menghadapi yang terburuk akibat perpisahan ini. Namun jangan sekali-kali terputus dari berharap sesuatu yang terbaik.

Doaku dan doamu pasti dicelahi oleh rasa bimbang takut-takut tidak diperkenankan tetapi padamkanlah segalanya dengan satu keyakinan bahawa ia pasti diperkenankan. Amin. Yang penting… bukan diperkenankan atau tidak, tetapi semoga Allah tingkatkan kesabaran, keimanan dan tawakal kita menghadapi apa jua takdir-Nya.

suamiku, jangan dipinta diringankan ujian, tetapi pintalah ‘beratnya’ iman untuk menghadapi ujian itu!kehebatan seseorang itu sering diukur oleh ‘kebesaran’ ujian yang dihadapinya. semakin besar ujian, semakin besarlah kehebatan seseorang hamba disisiNya.
Maka begitulah dengan cinta kita, semakin diuji, maka semakin kukuh cinta kita semakin mekar mewangi…InsyaAllah,amin.

Nukilan buat suamiku yang tercinta CHE FADZLI...tanpa pertemuan demi ilmu,perjuangan dan masa depan bersama...Hanya air mata yang mengalir dan doa syahdu kepada Ilahi yang mengisi ruang hatiku kini…saat kerinduan pada suami dan keluarga bertamu. Berdoa agar Allah memberikan kita peluang itu lagi…

Suamiku,ALLAH sentiasa bersama kita

Rabu, 19 Mei 2010

Welcome!

“Everytime you feel you lost…feel so helpless and see the darkness all around ..you can see which way to go..never despair and never lost hope.Allah is always by your side..if you felt confused with the wrong decision you made…haunt your mind and your heart…raise your hand and pray to Allah..find HIS WAY..turn to Allah..HE will give you PRADISE and GUIDE you to the end”
I believe
Daily GreetingS
Berkata Imam Al-Ghazali:"Jika engkau ingin mengikut jejak para Imam kuatkanlah dirimu untuk terima segala musibah, bertenang dalam menanggung kepahitan, sifat sabar terbentang dalam dadamu, lisanmu perlu dikunci,matamu dikawal, rahsiamu disembunyikan,hanya dilihat oleh Tuhan sahaja, namamu jgn terkenal,mulutmu tersenyum, perutmu lapar,hatimu luka,hindari dari terkenal, pangkatmu dipendam,setiap hari menahan perasaan pahit dari zaman dan teman,sedang hatimu menurut, siangmu sibuk berbakti kepada orang ramai, malammu rindu pada Tuhan,sepi dari pandangan, Jadikanlah ia jalan dan persiapan untuk hari Kiamat yang padanya sulit sekali mencari jalan..."

Selasa, 18 Mei 2010



"GERIMIS SAKINAH membawa kita meredah lautan MAWADDAH
Bertemankan RAHMAH untuk menempah hari cerah,mendung hitam,manis madu,pahit hempedu..menjadi realiti kehidupan
CINTA dan KASIH SAYANG bukan sekadar kurniaan nikmat hidup tetapi sebagai 1seruan untuk kita bercinta sampai ke SYURGA"

Isnin, 17 Mei 2010

MENCARI JALAN PULANG...

Nukilan : fadhlin_islam@yahoo.com


Hadirnya tanpa ku sedari...

Menggamit kasih cinta bersemi...

Hadir cinta insan pada ku ini...

Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya...

Menarik hatiku untuk mendekatinya...

Kesopanannya memikat dihati..

Mendamaikan jiwaku yang resah ini.

Ya,Allah jika dia benar untuk ku.

Dekatkanlah hatinya dengan hati ku.

Jika dia bukan milikiku..

Damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu...

Dialah permata yang dicari..

Selama ini baru ku temui..

Tapi ku tak pasti rencana Ilahi

Apakah dia...kan ku miliki..

Tidak sekali di nodai nafsu..

Akan ku batasi dengan syariatMu.

Jika dirinya bukan untuk ku

redha hati ku dengan ketentuanMu,

Ya Allah...Engkaulah,

tempat ku bergantung harapanku,

ku harap diriku sentiasa dibawah rahmatMu


Kau minta temanmu mainkan lagu“PERMATA YANG DICARI”dari kumpulan nasyid deHearty,dimajlis perkahwinan sahabatku..tika itu hatiku cukup tersentuh namun kini,takdir yang menentukan pertemuan yang tak disangka itu.Takdir jua yang menentukan perpisahan ini,terjalinnya ikatan mesra antara kita walau hanya seketika namun bagiku ia sungguh bermakna,masih terkenang lagi kisah kita..kaulah insan yang mengajarku erti cinta setelah ia layu dimusnahkan oleh kaum sejenismu,tersentuh hatiku bila mana kau menjadi insan yang bertamu dihatiku sekali lagi,kasih mesramu itu terpahat kukuh disanubariku.Kini engkau telah pergi jauh,terlerai dari gengaman cintaku,dulu walaupun sehari ku tak mendengar suaramu ku merasakan dunia ini terhenti..

Dikau hadir dikala diriku memerlukan seorang teman,dikau bawa secebis bahagia..bila mana diriku hampir berputus asa.ku terima segala apa yang ditentukan,kini ku bersedia menghadapi hari muka,kau bawa sinar cahaya,dihariku gelita,dan dikau hadir tepati waktunya membawa tawa ceria,bila mana kau memberitahu ku mendung tak kan kekal selamanya..sinar mentari kan menjelang tiba.

Disaatku merasakan pemandangan yang terindah ini ingin ku terokai,kau memandunya,Dan kini setelah jauh ku melangkah,hinggalah takdir menyuluh kearahmu,ku temui pemandangan indah itu terlakar diwajahmu,dengan setiap renungan matamu itu membuat ku terpesona,kurasakan setiap belaian kasih sayangmu memujuk hatiku yang menangisi kepulangan sahabat seperjuanganku ke tanah air,hatiku makin tersentuh dengan kata-katamu.Terima kasih kerana menyempurnakan hidupku,kini ku sudah jatuh cinta denganmu,dalam diam-diam juga kau menyebut yang kau juga sayang padaku,tika itu ku tidak mengerti..adakah tutur kata itu adalah dari seorang abang terhadap adiknya atau apa?namun dengan setiap lafaz kata-katamu itu telah membina kembali semangatku yang kian pudar,membahagiakan hatiku yang pilu.Teringat kembali kenangan lamaku yang menjadi sejarah hitam hidupku,saat itu ku berpisah dengan insan yang menjadi cinta pertamaku sebelum menjejak kaki dibumi Mesir ini.Aku tewas ditahun pertamaku kerana si dia,diriku dituduh merampas tunangan orang,yang pastinya saat itu ku kebingungan dalam mencari kesohihan ceritanya,tidaklah diriku ingin menafikannya namun berita yang cepat tersebar itu,entah benar atau tidak,ibarat debuan halus yang berterbangan hinggap ditembok-tembok batu tinggalan Firaun.Demikianlah juga tomahan yang dilontarkan padaku ketika itu terlalu kejam buat insan yang pertama kali menjejak kaki di bumi Mesir ini.

Allah Maha Kuasa,nama ku muqayyad dibumi Mansurah..tempat yang bukan menjadi pilihan hatiku.dikala itu sekali lagiku menangisi takdir diri yang terpaksa berpisah dengan teman-teman seangkatanku.Disitulah juga segala rahsia cinta pertamaku terbentang dihadapanku satu persatu,kerana gadis itu sebumbung dan sepengajianku,gadis itu lebih tua dariku..dia orang lama yang pastinya dia memenangi suara ramai kerana sokongan padu dari rakan-rakannya,sedangkan aku sendirian tanpa teman-teman rapatku disisi.Mereka semua berada di furu’yang jauh,entah mengapa hidupku celaru disepanjang keberadaanku dibumi yang kaya dengan tanaman subur menghijau itu,walaupun suasana hijau itu bisa menenangkan jiwa yang haru sepertiku,Alangkah pedih dan peritnya perjalanan hidup ku ketika itu.

Jauh disudut hati kecilku,menuturkan doa,mengadu rintihan hati ini pada-Nya

“Ya Allah,Ya Tuhanku...Nurnya berada didalam rahsiaNya dan rahsiaNya berada dalam makhlukNya....Lindungilah aku dari penglihatan orang-orang yang mengintai,dari hati orang-orang yang hasad dengki dan orang-orang yang zalim,seperti mana Engkau melindungi roh manusia dalam tubuhnya,sesungguhnya Engkau Maha Kuasa diatas tiap-tiap sesuatu”

Disinilah jua kita bertemu..dibumi Mansurah inilah jua kita saling bertemu mata,kau dan aku terlalu rapat,lebih kukuh lagi pabila antara kita ada ikatan persaudaraan.Ku menghintung hari..detik demi detik,masa ku nanti..apakah akan ada jalan cerita yang panjang buatku insan yang pernah dikecewakan pada masa yang lalu,yang aku minta ketulusan hatimu,bukan puitis,Hari ini diri ku sendiri lagi,tanpa mu disisi,dan ku tidak tahu apa motifmu..namun kini kau juga pulang meninggalkanku...tetapi ku disini masih teguh memperjuangkan saki baki hidup ku dibumi anbia ini.Hanya satu nekadku,menamatkan pengajianku disini dan membawa pulang segulung ijazah dari Universiti Al Azhar.Ku padamkan saja kisah cintaku dan ia hanya mimpi cuma,bila mana mamaku memberitahu dirimu akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan keluargamu.Belum pernahku terusik rasa,bila ku sedari kau hanya sekadar insan hadir bertamu sementara dihatiku kau menjalan kewajipanmu selaku seorang abang terhadap adiknya juga mewakili keluarga kita atas dasar pertalian kekeluargaan,ku tersilap menafsir,akhirnya ku terluka sendiri,aku sangkakan aku mengenali hati budimu,aku sangka kau menyayangiku dengan luhur,tiada sedikit pun ku sedari ia hanya lukisan alam seumpama pelangi yang terpancar selepas berlalunya gerimis..aku kenali siapa dirimu kau pun tahu siapa diri ku kerna engkau hadir menjadi teman bicara cuma,antara kita tiada rahsia,tiba-tibaku lihat sikapmu tidak seperti dulu,sejak itu ku sedari,kurasa diri ku juga tidak seperti dulu kekadang ku menjadi resah,terkadang ku sering kehilangan kata-kata,entah mengapaku bergementar seluruh anggota,berdepan denganmu ku merasa malu.

Diwajah curigaku dan nada resah ku merasakan kau berbeza dari yang lain,ku terima segalanya,tika terlafaz kata-katamu saat kita bersua dalam berbicara,mendung mula berlabuh dan terbuku dihati sayu bertaburan,hinggalah debu-debu pilu itu pergi bersama angin lalu sebagaimana gersangnya padang sahara ini,tinggal lah cintaku...luka lama berdarah kembali,dan kini kau tinggalkan diriku ini begitu saja,Tiada ku duga akhirnya cinta dalam senyuman,dikau hancurkan impian yang tertera dihatiku yang satu ini bukan salahmu namun ia pastinya cukup merantai jiwaku.

Sejujurnya keegoan kita jugalah yang melancarkan lagi perpisahan ini,disaat ku memberitahumu ada seorang akhi mengintaiku,akhi ini mengirimkan potretnya untuk tatapanku sebagai pembuka tirai risikkannya terhadapku,ku hulurkan potret itu untuk tatapan mu jua,reaksi mu waktu itu sunyi sepi dan terus menyepi,membuatkan hati kecilku menyangka dirimu tidak kisah dengan kehadiran akhi ini...rupa-rupanya dalam diam kau menyelokar kewujudan akhi ini bersama saudara lelaki ku yang juga berada dibumi mesir ini.kalian semua bertemu mata untuk minta kepastian akhi itu diatas kesungguhannya.

Sedangkan ditanah yang gersang ini,ku nukilkan luahan rasa didada diari kesayanganku,penaku menari-nari layu bagai memahami jiwaku yang runtun ketika itu:

“Dihatiku cinta bermula,dan rinduku seharum bunga..setiap detik dan kini nyata hanya dirimu sayang bertahta dihatiku, Namun jauh disudut hati mungkinkah kau ku miliki,tak ingin ku bersendiri lagi,kehilanganmu tak sanggup ku hadapi,kepadaMu Tuhan Kau lebih mengerti,pilu air mata kasihku mengalir dipipi,hampa.. impianku kembali luka berdarah,kemanakah dapat ku bawa luka yang kecewa ini,dengarlah sayang bicara cintaku ini.Sesungguhnya ku menyintaimu,ku luah perasaan ku ini.Dengarkanlah sayang,ku mencintaimu sepenuh jiwa,seandainya kau mengerti,siapakah yang kini berada dihati mu,sekian lama kau bertahta dihatiku,rindu ini hanya untuk mu.”

Semusim berlalu....

Masing-masing menyibukkan diri dengan urusan persatuan dan pengajian membuatkan antara kita makin hari makin jauh dan akhirnya ia terbang dibawa angin lalu....

Bila cinta sudah bersemi di hati, semua perkara boleh jadi. Bila mana cinta berkata mahu, dengan izin tuhan pasti akan menuju ke gerbang perkahwinan. Betullah cinta itu buta. Cinta tidak mengenal usia.Bila berlegar seputar hidupku mula menjejak kaki dibumi Mesir,dengan harapan dan cita-cita menggunung,dalam suka ada duka,ku tetap meneruskan perjuanganku untuk mencari mutiara-mutiara ilmu yang menyinari seluruh pelusok dunia ini..di sinilah ku mengorak langkah mengatur semula kehidupanku selaku azhariah.Pelbagai jalan cerita ku tempuhi disini..

Menyedari hakikat inilah maka usaha yang gigih perlu diambilku untuk memperlengkapkan diri ini selaku Azhari,sebagai da'i dan tempat ruju' masyarakat dengan bekalan-bekalan yang diperlukan supaya diriku dapat memainkan peranan dengan lebih berkesan apabila terjun di arena dakwah nanti.Ku mula mempersiapkan diri dengan perkara yang lebih penting dari kisah cintaku ini iaitu dengan mempersiapkan diri dari sudut keilmuan dan perorganisasian.

Jika dilihat perbandingan di antara ilmu dan cinta,maka jauh disudut hatiku kini akan mengatakan bahawa ilmulah yang lebih utama,tanpa ilmu bagaimana mungkin kita boleh menjadi insan yang matang,ia membutuhkan niat ikhlasku ini untuk terus tega melangkah kehadapan apatah lagi dengan menuntut ilmu.

Imam Syafie juga menegaskan bahawa:

"Hendaklah setiap penuntut meniatkan bahawa tujuan sebenarnya ia menuntut ilmu bukanlah untuk mengejar kepentingan dunia,sijil dan pangkat tetapi hendaklah diniatkan kerana mencari redha Allah dan hari akhirat,menghapuskan kejahilan dalam dirinya dan menghidupkan agama serta berazam untuk mengembalikan keagungan Islam.Sebab kekalnya keagungan Islam hanyalah melalui ilmu pengetahuan."

Ku tahu setiap kejayaan seseorang individu itu bergantung kepada usaha ke arah menyempurnakan segala tanggungjawab di dalam pelajaran,organisasi,dakwah,keluarga dan masyarakat.Seseorang pelajar mungkin sibuk dalam kehidupannya dengan berbagai-bagai tugas dan tanggungjawab. Walaubagaimanapun dalam menyusun dan memprogramkan kehidupan seseorang pelajar hendaklah menjaga keseimbangan aktiviti seperti mewujudkan suasana belajar dalam hidup seharian,suasana solihah dalam rumah(keluarga),berinteraksi dengan masyarakat pelajar, menyempurnakan kerja-kerja jamaah dan persatuan.

Untuk memastikan keseimbangan itu tercapai olehku,kini ku mula menitik beratkan beberapa perkara yang penting dalam kehidupan harian.Antaranya ialah:

Menentukan objektif jangka panjang dan pendek dalam kehidupanku, merencanakan program dan bermuhasabah.

Untuk menjadikan diriku seorang insan yang berpandangan jauh,aku mestilah mampu menilai situasi,menentukan keutamaan (priority) dalam pemilihan dan keupayaan mengenal pasti matlamat yang hendak dicapai dalam kehidupanku nanti,diriku seharusnya bersedia dan berupaya untuk menentukan matlamat pembinaan diri, keluarga dan pembelajaranku.Dengan matlamat itu,ku cuba selarikannya dengan kehendak Islam dan dakwah yang hendak dibawa dan ia mestilah positif, realistik serta bergerak di dalam keupayaanku sendiri.

Matlamat-matlamat ini hendaklah sentiasa dirujuk dan diusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapainya berserta tawakkalku kepada Allah.

Ku ingin membuktikan kepada masyarakat,bahawa kehadiranku dibumi anbia ini bukan sahaja dituntut untuk berilmu bahkan berfungsi untuk memberi inzar (peringatan) kepada manusia dengan ilmu yang telah dipelajari.Kelahiran golongan ulama' diperlembahan Nil,membuat diriku rasa terpanggil untuk meyelusuri prinsip para ulama' yang bukan sekadar mewarisi ilmu dan akhlak bahkan juga mewarisi kerja para rasul as. dalam menyampaikan Islam secara amanah dan meyakinkan dan ia adalah suatu yang sangat tinggi di sisi Allah swt.

Di saat umat Islam ketandusan pimpinan ulama' seperti ini,ku sepatutnya merasa terpanggil untuk menampung kekurangan -kekurangan ini dan berusaha ke arah itu.Untuk merealisasikan tujuan dan amanah yang maha berat ini (tugas dakwah di jalan Allah),tidak ada cara dan jalan yang lebih sempurna melainkan dengan menggabungkan diriku dalam JAMAAH ISLAM atau ORGANISASI yang kemas.Akhirnya ku melontar jauh kisah cinta ku kedasar perlembahan Nil ini,biarlah ia hanyut dibawa arus asalkan diriku tidak terus hanyut bersamanya..Ku tidak ingin lagi tewas dengan permainan cinta ini.

“tapi aku tak boleh terima cara kau menghukum dirimu dengan kisah cinta luka mu itu Alin.Cinta tak dapat dijelaskan dengan kata-kata.Cinta itu sendiri yang mampu menjelaskan diri kita.Kau lihat,lima tahun aku melalui musim cinta.Dalam lima tahun itu dua kali kami bertemu,itupun dirumah orang tuaku.Penghujungnya,hubungan cinta suci ini berakhir dengan menyatukan kami sebagai suami isteri. Apa kejinya naluri ini”nasihat teman rapatku yang kini telah mempunyai dua orang cahaya mata hasil cinta sucinya dengan Ikmal Hafiz yang juga rakan seperjuanganku,seorang akhi yang digelar SINGA MESIR kerana ketegasannya dan prinsipnya itu yang pernah beberapa kali hati wanitaku menangis kerana sikap dan kata-katanya menguris hati sepanjangku menjadi timbalannya dalam persatuan pelajar-pelajar Mesir,aku tak menyangka akhi ini berubah menjadi insan yang halus bicaranya setelah mengahwini teman rapatku ayna solehah,seorang gadis yang lemah lembut dalam bicaranya,penuh dengan sifat keibuan dan sangat penyayang yang mana aku sendiri menjadi tenang bila mendengarnya menutur bicara disaat ku ribut dengan SINGA MESIR ini.Ayna jualah tempat ku meluah rasa tidak puas hatiku pada ahki yang kini telah pun menjadi suaminya itu.

“Cinta adalah trauma,aku fobia dengan hubungan Adam dan Hawa,sukar meneka hati budi manusia”ku kalihkan pandangan ku keluar,merenung jauh mengimbas kembali kisah cintaku yang dulu.

Aku pasti diriku kini agak keliru untuk menerima dan percaya pada manusia lebih-lebih lagi lelaki kerana lelaki silam itulah yang akar puncanya,lelaki yang selalu ikhlas menabur nasihat agar diriku menjadi wanita solehah,tiba-tiba menjebak diri ku kedunia dua jiwa,lelaki yang mentarbiyahku untuk setia dengan caraku yang dulu sedikit kaku bila mana bermuamalah dengan kaum adam kerana ku lahir dari sekolah yang penuh dengan bunga-bunga mekar,begitu jua diperingkat IPT,dengan bidang pengajian islam yang ku pilih,pengajian islam dakwah melengkap lagi sikap ku yang sukar untuk bekerjasama dengan kaum adam.mungkin ku sudah terbiasa dengan suasana pengajian ku dari dulu hingga kini yang setia bersama kaum hawa menyebabkan diriku merasakan lebih selesa begitu.begitu jua cinta ku yang kedua..buat ku nekad menutup rapi diari cinta dalam hidupku sehingga ke hari ini.

“Tapi kawin itu Sunnah Rasullah SAW?”tegas Ayna padaku.

“Bagaimana dengan Rabiatul Adawiyyah?Gadis suci kota Basrah yang terlalu mencintai Ilahi penuh dengan qanaah?Dia tak mahu menyibukkan dirinya dengan segala penghalang yang boleh merenggangkan cintanya pada Ilahi.Dia menolak pinangan Raja Basrah,Muhammad bin Sulaiman Al Hasyimi.Dia menolak lamaran Abdul Wahid bin Zaid,seorang ulama’ yang mashyur di kota Basrah. Rabiah telah mengikat dirinya dengan tali Allah supaya dia dapat memaksimunkan waktunya hanya untuk Allah,mencintai-Nya sepenuh hati,serta bernafas dengan dibawah kuasa dan kasih sayang-Nya.Salahkah aku mencontohi Rabiah”air hangat membasahi pipiku,suasana mendung petang itu seolah-olah bersetuju dengan rintihan jiwaku.

Ayna terharu dengan pemilihanku untuk menjadi Rabiatual Adawiyyah sebagai pentarbiyyah hati

Rabiah-wanita pertama yang membicarakan “Hubbu Ilahiyyah”.Cinta abadi yang mengalir untuh dalam setiap hembusan nafas Rabiah yang sentiasa mendorongnya asik masyuk dalam taman cinta yang sejati,gerak lakunya terbit kerana dari dorongan cintanya kepada Rabul Izzah,betapa setianya Rabiah kepada Yang Maha Esa.

“Kau terlalu tegas dalam menghukum,mengadili cinta dengan bijaksana,makin dijauh makin manusia ingin mengeledah rahsia dirimu.Inikah dirimu yang ku kenali yang dulunya sepertiku,mekar dengan kasih sayang terhadap insan”Ayna menguji mindaku.Diriku ditenungnya,mencari jawapan yang pasti dariku.Ayna mengukir senyumannya yang manis meruntun jiwaku yang bercelaru.Sungguh ku cemburu dengan sikapnya yang tenang itu,kalau tidak mana mungkin Singa Mesir itu boleh terjatuh cinta pada teman rapatku ini.

“Tapi setelah aku menyelami susur galur Rabiatul Adawiyyah,aku cuba berpaling tadah dari dunia cinta.Cinta palsu yang sering mengharapkan balasan,kau lihat rabiah,menumpahkan kasih pada-Nya tanpa sebarang motif bersifat duniawi atau ukhrawi.Cintanya hanya untuk menyaksikan wajah-Nya.Suatu keinginan dan kerinduan roh semua insan yang bernama hamba yang sentiasa mendambakan cinta Ilahi’’

Ku menyambung lagi “Aku tahu,aku ni tak cukup layak untuk menjadi hamba-Nya yang terpilih,tetapi dengan ku beruzlah begini aku merasa lebih tenang”

“Keputusan kau?”Ayna menghampiri ku yang masih berjiwa batu..dari renungan matanya yang sayu itu amat mengharapkanku mengubah pendirianku..

“Alin,aku yakin suatu hari nanti akan hadir seorang akhi yang akan meruntun jiwamu,akan hadir cinta seorang insan yang menyintaimu kerana-Nya sebagaimana cintamu hari ini pada Rabul Izzah”

Ayna menghadiahkan ku senyuman pengharapan yang paling manis buatku.. “Dan aku akan menunggu hari itu..” Ayna menggeyit nakal matanya..diri ku tersenyum kelat.Jauh disudut hatiku mungkinkah saat itu akan berlaku lagi dalam hidup ini...

Masa berlalu begitu pantas...

Allah Maha Adil,dikeheningan subuh pagi 24 febuari 2007,diriku telah menerima panggilan dari seorang ustaz,akhi ini mengucapkan“SELAMAT HARI LAHIR yang ke24”akhi ini juga menyatakan hasratnya ingin mentaqdimku,malah akhi ini meminta keizinanku untuk memberitahu keluargaku.Sejenak ku fikirkan,inginku pencilkan saja akhi ini kerana ku bimbang diri ini akan terluka lagi,namun jauh disudut hatiku adakah akhi ini ditakdirkan untukku,kerana kehadirannya disaatku selesai mengaminkan doaku.Apakah akhi ini jodohku,entah kenapa pagi itu hatiku terbuka untuk menerimanya.Mungkin DIA ingin menggantikan apa yang telah hilang sebelum ini.Bagiku ada atau tiada cinta tak mengapa...

Namun saat itu ku ingin mencari kembali apa yang telah hilang dari separuh hidupku,kupejamkan mataku,ku ingin bernafas tenang.Dalam anganku,aku pasti akan berada di satu persimpangan jalan yang sulit yang ku pilih sendiri.

Hikmat yang ku rasa sangat tulus itu menjadi sepi begitu sahaja..Bila malam telah datang terkadang ku ingin tulis semua kisahku.Ku pejamkan mataku,ku katakan pada diriku adakah ku akan bernafas dalam luka lagi..

Musim bersilih ganti,diri masih gagah untuk memperjuangkan saki baki hidupku yang tinggal di Mesir ini,

Ku terima mesej dari seorang insan yang ku kenali...

“Tiada kata harus ku lafazkan..untuk menyatakan cintaku pada mu,hembusan bayu antara benua,ternyata syahdu membelai..ku jua sepertimu kasih...merindumu sepanjang hayatku sabar menanti.. hadirMU.walau berjauhan walau kesunyian..ku tetap menantimu hingga akhir nanti,itulah JANJIku pada orang tuamu yang terpatri suatu ketika dulu dan tak mungkin terlerai selamanya.hadirnya rasa cinta ku ini anugerah Ilahi,KU AKAN Menunggu kepulanganmu,meyunting mu menjadi permaisuri hatiku dan ku ingin menjadikan dirimu teman hidupku selamanya”

Ku mengukir senyuman,akhi yang mentaqdimku setahun yang lalu masih setia menantiku disini...walaupun sudah setahun berlalu,akhi ini pulang untuk mencari rezeki disebuah sekolah agama yang diasaskan oleh ulama’ yang menjadi idolaku.Ada juga insan yang jujur menyayangiku, menyintaiku.Ku mencari jalan pulang...ku memaafkan insan yang pernah melukaiku,ku kini akan kembali kepangkuan keluargaku,akan pulang untuk menerima akhi yang setia denganku.Ku teringat kembali mutiara kata yang pernah ku baca buat renungan diri..

Mutiara kata dari syed qutub

“…Ketika mana kita sampai pada peringkat keupayaan tertentu, kita akan merasai bahawa tidak menjadi keaiban jika kita meminta pertolongan orang lain, walaupun keupayaan mereka itu kurang daripada kita.Pertolongan mereka sama sekali tidak menjejaskan kredibiliti yang ada pada kita sekiranya kita menjadikannya sebagai pemangkin ke arah membantu menyampaikan kita pada suatu tahap yang telah kita capai.Sesungguhnya kita telah cuba untuk melakukan segalanya dengan diri sendiri dan enggan meminta bantuan orang lain dengan tidak menggabungkan usaha mereka bersama usaha kita sepertimana kita merasakan menjadi suatu keaiban jika orang mengetahui bahawa pertolongan tersebut memberi kesan ke arah mengangkat diri kita ke kemuncak yang tinggi.Sesungguhnya kita lakukan semua ini di saat kita kurang percaya terhadap diri sendiri dan sememangnya kita lemah dalam aspek tertentu.Adapun ketika kita benar-benar mempunyai kekuatan, kita tidak akan merasakan semua itu sedikit pun.Hanya kanak-kanak sahaja yang cuba menepis tangan kita yang membantunya,sedang dia masih bertatih. Apabila kita berada pada suatu tahap keupayaan,kita akan menerima bantuan orang dengan rasa syukur dan gembira.Syukur di atas bantuan yang dihulurkan dan gembira kerana terdapat di sana orang yang mempercayai seperti mana kita percaya..Maka mereka turut serta bersama kita mengerah tenaga dan memikul bebanan.

Ku merenungi kalimah suci-Nya...ku hayati ayat-ayat suciMu satu persatu..

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi agama Kami,sesungguhnya Kami akan memimpin ke jalan-jalan Kami(yang menjadikan mereka gembira dan beroleh keredhaan dan sesungguhnya bantuan dan pertolongan Allah adalah beserta dengan orang-orang yang berusaha membaiki amalannya”Al Ankabut Ayat :69

Kini telah lama kita berpisah,rintahan jiwaku kian berubah,tiada lagi ku mengharapkan dirimu,tiada lagi belaian menjelma,semua itu telah berakhir,dikala keperitan cintaku terlerai sudah,ku tabahkan hati luka berduri ini.Ku mengenali siapakah diri ku yang sebenarnya..

Mengapa aku harus meneruskan perjuangan ku dibumi anbia sehingga ke noktah terakhir..kerana bagiku itulah impianku dan juga impian orang tua ku yang mengharapkan kepulanganku dengan sebuah kejayaan.Dan kini tiada lagi air mata yang membasahi jiwaku yang luka dan ia hanya tinggal memori indah yang ku tulis kemas dalam diari hidupku.

Pertemuan kali ini...ku pulang untuk membina istana bahagiaku bersama akhi itu. Tak perlu lagi kau hadir dengan cinta yang menghiris lukaku lagi.Walaupun kau adalah cinta pertamaku suatu ketika dulu.Kedatanganmu yang tidak ku undangan ini mungkin akan menghiris hati akhi yang setia denganku.Terlalu sukar untuk ku tempuh tapi terpaksa ku membuatkan jejak mu itu tiada dalam hidup ku.Sendirian ku menahan lukaku dalam kepayahan ku memadamnya.

Selama ini ku menyakini kau bahagia dengan insan yang kau sanjungi,namun ku telah tersalah duga,kau kini terluka jua,kini kau menyesali pengorbananmu yang menjadi debu dan ia dipersenda kekasihmu itu,pasti kau sudah rasai keperitan hati yang ku tanggungi suatu ketika dulu,walaupun aku tak pernah meminta kau dibalas begitu,selama ini ku harungi kepahitan itu bukan untuk selamanya, kesabaran yang mengubat lukaku untuk menempuh hidup ini.Kehadiran akhi itu telah mengubah segala persepsiku terhadap kaum sejenismu.Sejuta harapan dipertaruhkan dan cuba ku bina bersama akhi ini.beronak berliku jalan ku lalui,selagi berupaya ku teruskan,alangkah sukarnya ku memadam bayangan masa silam,didalam keberanian terusik jua perasaan,tiada hentinya ku memanjatkan doa semoga jiwa ini terus tabah,sesungguhnya saat yang terindah itu hanyalah sementara,yang terpahat dalam diri hanyalah kenangan dan nestapa,tak rela ku turutkan hati, menyesali apa terjadi,andainya itu yang tertulis diazali,aku akan tetap terus mengorak langkah perjalanan ini.

Ku teringat kembali pernah suatu ketika dulu kau pinta perpisahan,ku sangkakan itu hanya gurauan..nyata kau serius dalam senyuman,bukan sekejap denganmu,bukan mainan hasratku,engkau pun tahu niat ku tulus dan suci,senang benar kau ucapkan,kau anggap itu suratan takdir..sikit pun riak wajahmu tiada terkilan..hanya aku separuh nyawa menahan sebak didada sedangkan kau bersahaja berlalu tanpa kata,terasa diri amat terhina kau lakukan.Sia-siaku korbankan selama ini,jika kasihku,jika hatiku kau guris,dalam tak sedar ku menangis.

Dan kini kau hadir untuk menagih kembali cintaku.Apakah kau tidak tahu aku dan akhi ini telah pun mengikat janji..Akhir tahun ini ku akan membina masjid cintaku ini bersamanya. Harap kau mengerti.

Dalam setiap kata yang kau ucap itu,membuatku resah...bila malam telah datang...terasa ingin ku tulis semua,namun bagiku ini amat menyiksakan,sulit untuk ku membencimu kerana itu bukan caranya yang diajar oleh Junjungan Kita Baginda Rasullah SAW,hakikatnya kita tetap bersaudara dan kita adalah saudara seislam,biarkanku dengan keputusanku,ku ingin bernafas bebas...

Dihari pernikahanku.. ku telah menerima mesej darimu..

“Alin,take care of your health,don’t think too much,remember that,there are many friends standing around you,need you and love you just like me,to be loved someone is nothing,to be loved by someone is something,to be loved by someone that you loved is exciting,but to be loved by Allah is EVERYTHING.No glory without sacrifice.Be strong Alin.Let sun shines in your life.I’m here standing beside you as your friend,always care on you and love you.May Allah bless us with IMAN and ISLAM.Only you in my heart which one i love in the past.I pray that you find the true love from your husband.”

Air jernih membasahi pipiku,akhirnya kau menerimanya dan mengerti jua..

Dan kau kini mula mengerti hati seseorang wanita itu lebih lembut, kaya dengan imaginasi dan emosi psikologi sehingga memberi peluang kepadanya untuk membina kembara imaginasi yang tersendiri! Dalam kelembutan, ada kekuatan. Dalam kekuatan itulah terjelmanya ketajaman, yang akhirnya meninggalkan kesan yang amat mendalam Mungkin inilah yang dikatakan jati diri seorang wanita yang sudah difitrahkan dan ia sangat berbeza dari mu insan yang bernama lelaki. Ku mendoakan agar suatu hari nanti kau akan temui seorang wanita yang akan menemani hidupmu lagi...Kini ku melangkah rapi mencari jalan pulang untuk berada disisi insan yang menyintaiku sepenuh hati yang kini telah pun menjadi suamiku.

Disepertiga malam,dahiku mencium sejadah...tangan lesu ini menadah mulus memohon dariNya,

Ya,Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah bertemu kerana mengasihiMu,bertemu untuk mematuhi perintahMu,bersatu memikul dakwahMu,hati-hati yang mengikat janji untuk menyokong syariatMu.Maka eratkanlah,Ya Allah ikatannya,kekalkan kemesraan antara kami.Tunjukkan hati ini dengan limpahan keimanan,keyakinan dan keindahan tawakal kepadaMu.Suburkanlah hati-hati ini dengan pengetahuan yang sebenar tentangMu.Letakkanlah Kami dikalangan pejuang agamaMu.Perkenalkanlah doa kami.Sejahterakanlah junjungan kami Muhammad,keluarga dan sahabat-sahabat baginda Rasullah SAW.Amin...

Detingan berbunyi dari dinding kamarku,Ku tersedar dari lamunan yang panjang,ku rasa malam kian melewatiku,namun ku disini masih berjaga,Sayang..aku kini merintih gerimis cinta dariNya dan ia bertamu disanubariku setelah sekian lama pencarianku...saat itu renungan mataku jatuh diraut wajahmu yang masih lena dibuai mimpi indah disisiku,telus hatiku berbicara..Moga KAU dan AKU kekal selamanya..


THANKS ALLAH FOR GIFT THIS LOVE

Red Roses