PINK ROSES DIVIDER
Selamat Datang ke Laman Fadhlinislam
Photobucket

Rabu, 9 Jun 2010


قال الله تعالى :
ولا تهنوا ولا تحزنوا وأنتم الأعلون ان كنتم مؤمنين
“Janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu bersedih kerana kamulah orang-orang yangberuntung sekiranya kamu beriman” {Surah Ali Imran: 139 }

Beruntunglah insan-insan yang diuji oleh ALLAH kerana ujian itu adalah tarbiyah terus daripada ALLAH kepada kita. Insan-insan yang sentiasa diuji inilah insan yang menjadi pilihan ALLAH,ujian ini adalah untuk menguji tahap keimanan kita..Allah rindu mendengar tangisan khauf dan raja’ hamba-hambanya yang soleh yang memohon dan tak pernah berhenti berharap padaNYA.Muhasabah diri kita balik, berapa kerap kita mengalirkan airmata bersungguh-sungguh bila mengenangkan azab dan murka ALLAH..kita hanya menangis bersungguh-sungguh bila kita rasa tak terdaya menanggung ujian. Jadi, ALLAH nak mengajar kita erti dan hakikat seorang hamba yang benar-benar mengharapkan Rahmat dan Kasih ILAHI dan sepenuh pergantungan pada-NYA. Jangan mudah berputus asa kerana Rahmat dan Kasih Sayang ALLAH meliputi segala-galanya. Selagi mana kamu yakin dengan janji-janji-NYA, kamu takkan pernah rasa berputus asa..dan selagi mana kamu kukuh kejapkan keyakinan dan kecintaan kamu pada ALLAH, nescaya janji-janji-NYA bukan sia-sia. Yakin..yakin..dan yakinlah, pasti mentari bahagia akan menjelma dan pasti tercoret sejuta hikmah disebalik ujian yang menimpa…bisikkan ke dalam diri, pasti ku temui bahagia suatu ketika nanti. Dan jangan kita lupa orang yang dilimpahi dengan kesenangan juga diuji ALLAH dengan ujian kemewahan dan kebahagiaan yang akan melalaikan mereka. Ingat dan hakikat kita sebagai hamba-NYA, ujian ALLAH tak mengira masa, tempat, keadaan..Cuma kita perlu menjadi jiwa yang redha dan menerima..kerana dari situlah jiwa kita ditarbiyyah dengan sifat sabar dan ikhlas


Duhai kalbu..
Amat sukar kutafsir nurani yang membisu..
Walau pada haqnya..amat lancar melontarkan kata-kata..
Dalam kepiluan menerima suratan..
Keredhaan yang utuh dibangunkan…tertarah juga dek linangan air mata…
Walau jasadi sedaya upaya memangkas semua itu daripada berpucuk di hati…
Tapi apalah qudrat seorang hamba..ilmunya tak terjangkau ke sebalik dimensi kehidupan…
Kata hati kadangkala sememangnya amat sukar untuk ditelah..
Sok kuat tiada maknanya seketika..
Hakikat insaniah yang lemah…
Merungkai kebenaran…
Ya Allah yang maha kuasa..
Ku tahu…inilah yang terbaik untukku..
Kerna mata kasarku masih belum berupaya untuk menerjah
Natijah disebalik kepayahan..
Rahmat disebalik ujian…
Dan nikmat disebalik musibah..
Kugagahi jua perjalanan ini..
Mengampuhkan benteng keimanan dengan kalamMu alquran..
Ingatan pembasah bibir hanya padamu yang maha mendengar..
Ketentuan dan ketetapan…
Bakal menemukan cahaya yang ingin dicari…
Semoga kasihku dan kasihMu bersimpul erat..
Menjadi wasilah padaMu sang Khaliq..
Keutamaan cinta yang kekal abadi…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

THANKS ALLAH FOR GIFT THIS LOVE

Red Roses