PINK ROSES DIVIDER
Selamat Datang ke Laman Fadhlinislam
Photobucket

Jumaat, 25 Jun 2010

Siapakah Rabiatul Adawiyah

MUSTALAH HADIS

ILMU MUSTALAH HADITH
Pengertian Hadith
Mustalah hadith ialah satu ilmu untuk mengetahui istilah-istilah yang
digunakan dalam ilmu hadith. Orang yang mula menyusunnya ialah Qadi Abu
Mahmud al-Ramahramzi [Tahun 360 Hijrah].

Hadith menurut bahasa, ialah pertama: Yang baru, Kedua: Perkhabaran,
Ketiga: Yang dekat atau yang belum lama.

Menurut istilah ahli hadith pula: ialah segala ucapan nabi, segala
perbuatan dan segala keadaannya. Masuk ke dalam pengertian keadaannya,
segala yang diriwayatkan dalam buku sejarah seperti hal kerasulannya,
tempatnya dan segala yang berkaitan dengan baginda. Pengertian ini samalah
dengan pengertian sunnah menurut istilah golongan ahli hadith. Tetapi
pengertian ini berlainan dengan pengertian ahli usul. Dan sebab
berlainan ini ialah kerana berlainan jurusan yang mereka lihat dan
mereka tinjau.

Ahli (ulama') hadith membahaskan peribadi rasul sebagai seorang yang
dijadikan ikutan bagi umatnya. Kerana ini mereka pindahkan dan mereka
terangkan segala yang bersangkutan dengan rasul, baik mengenai riwayat,
perjalanannya, mengenai budi pekertinya, keutamaannya, keistimewaannya,
tutur katanya, perbuatan-perbuatannya; sama ada yang dapat mewujudkan
hukum atau tidak.

Ulama' usul membahaskan rasul sebagai seorang pengatur undang-undang
yang meletakkan atau menciptakan dasar-dasar ijtihad bagi para mujtahid
sesudahnya, dan menerangkan kepada manusia perlembagaan
hidup (dustur al-hayat) maka mereka pun memperhatikan segala tutur kata
rasul, perbuatan-perbuatannya dan taqrirnya, iaitu
pengakuan-pengakuannya bersangkutan dengan perkara penetapan hukum.

Sementara itu ulama' fiqh membahaskan peribadi rasul sebagai seorang
yang seluruh perbuatannya atau perkataannya atau menunjukkan kepada
suatu hukum syara'. Mereka membahaskan hukum-hukum yang mengenai para
mukallaf dan perbuatan mereka dari segi hukum wajib, haram, harus,
makruh dan mandub (sunat).

[Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Sharif an-Nawawi]

HADITH SAHIH

Iaitu hadith yang berhubung sanadnya dari permulaan hingga akhirnya dan
orang yang menjadi riwayatnya semuanya mempunyai sifat-sifat ini:

a) Adil
b) Dabid
c) Sejahtera dari keganjilan
d) Sejahtera dari 'illat (kecederaan) yang memburukkan).

(a) 'Adil: Yang dimaksudkan dengan 'adil ialah: Orang Islam, baligh,
ber'akal, tidak mengerjakan dosa besar, tidak pula berkekalan melakukan
dosa kecil dan tidak mengerjakan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah
atau kehormatan diri.

(b) Dabid: Yang dimaksudkan dengannya ialah: Orang yang cukup kuat
ingatan untuk mengingat sesuatu yang didengarnya. Bila sahaja
dikehendaki ia dapat mengeluarkannya (menyebutkannya) dari ingatannya
dengan mudah. Termasuk kepada pengertian ini apabila ia menulis hadith
yang telah didengarnya dan disimpannya serta diyakini benar-benar sahnya
sehingga diriwayatkan orang daripadanya.

(c) sejahtera dari keganjilan: Yang dimaksudkan ialah: Sejahtera
riwayatnya dari perbezaan dari riwayat orang-orang yang kepercayaan
dengan bertambah atau berkurang pada sanadnya atau matannya.

(d) Sejahtera dari 'illat (kecederaan yang memburukkan): Yang
dimaksudkan ialah:

Sejahteranya dari sebab-sebab yang tersembunyi yang dapat memburukkan
atau mencacatkan hadith, misalnya; didapati setelah dilakukan penelitian
yang mendalam, bahawa di antara seorang perawi (yang meriwayatkan
hadith) yang tadinya disangka kuat ingatan,namun ternyata seorang yang tidak
kuat ingatannya.

Hadith sahih boleh dijadikan hujjah dalam hukum Islam misalnya ialah:

"Tidak ada sembahyang bagi orang yang tidak membaca Fatihah." (Riwayat
Bukhari dari 'Ubadah bin Samit)

"Kalaulah tidak aku menyusahkan atas ummatku nescaya aku perintahkan
mereka dengan bersugi pada tiap-tiap kali sembahyang." (Riwayat Bukhari
dari Abu Hurairah)

"Barangsiapa mengumpulkan (sesuatu barang untuk dijual dengan harga yang
lebih mahal) maka ia adalah bersalah." (Riwayat Muslim, Abu Dawud dan
Tirmizi)

[Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Sharif an-Nawawi]


Pengertian Sunnah

Sunnah menurut bahasa: ialah jalan yang dilalui sama ada terpuji atau
tidak; juga suatu adat yang telah dibiasakan walaupun tidak baik. Rasul
SAW bersabda:

"Sungguh kamu akan mengikuti sunnah-sunnah (perjalanan-perjalanan) orang
yang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta
sehingga sekiranya mereka memasuki lubang dhob (serupa binatang biawak)
nescaya kamu memasukinya juga." (Hadith riwayat Muslim)

"Barangsiapa menjalani suatu sunnah (perjalanan) yang baik, maka baginya
pahala sunnah itu dan pahala yang mengerjakan dengannya hingga hari
qiamat, dan barangsiapa mengadakan suatu sunnah (perjalanan) yang jahat
(buruk) maka atasnya dosanya dan dosa orang yang mengerjakan dengannya
hingga hari qiamat." (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)

Jelaslah bahawa menurut hadith tersebut, perkataan sunnah itu diertikan
dengan perjalanan, sama ada baik atau pun yang jahat, sebagaimana yang
dimaksudkan oleh bahasa.

Sunnah menurut istilah ahli hadith: ialah segala yang dipindahkan dari
nabi sallallahu 'alayhi wa sallam baik yang merupakan perkataan,
perbuatan, mahupun yang merupakan taqrir, sebelum nabi dibangkitkan
menjadi rasul, mahupun sesudahnya. Kebanyakan ahli hadith menetapkan
bahawa pengertian yang demikian sama dengan pengertian hadith.

Sunnah menurut pengertian dan istilah ahli usul: ialah segala yang
dipindahkan dari nabi sallallahu 'alayhi wa sallam sama ada perkataannya
dan perbuatannya, mahupun taqrirnya yang bersangkutan dengan hukum.
Inilah pengertian yang dimaksudkan oleh sabdanya ini:

"Sesungguhnya aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara tidak akan kamu
sesat selama kamu berpegang dengan keduanya: iaitu Kitab Allah dan
Sunnah Rasulnya". (Hadith riwayat Malik)

1. Contoh sunnah (hadith) perkataan ialah:

"Segala 'amal itu dengan niat." [Riwayat Bukhari, Muslim dan sekelian
ulama' hadith]

2. Contoh sunnah (hadith) perbuatan ialah:

"Bersembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang."
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

3. Contoh hadith (sunnah) taqrir. Taqrir ialah: (a) Nabi SAW
membenarkan apa yang diperbuat oleh seorang sahabat dengan tidak
mencegah atau menyalahkan serta menunjukkan keredhaannya; (b) menerangkan
kebagusan yang diperbuat itu serta dikuatkan pula.

Contoh yang pertama ialah sebagaimana Nabi saw membenarkan ijtihad para
sahabat mengenai urusan sembahyang 'Asar di Bani Quraizah dengan
sabdanya:

"Jangan bersembahyang seorang kamu melainkan di Bani Quraizah." [Riwayat
Bukhari]

Sebahagian sahabat memahamkan perkataan itu menurut hakikat larangannya
lalu menta'khirkan sembahyang 'Asar itu sampai selepas Maghrib. Dan ada
sebahagian yang lain tidak memahamkan demikian, mereka memahamkan bahawa
yang dimaksudkan nabi bercepat-cepat pergi ke Bani Quraizah. Kerana itu
mereka mengerjakan sembahyang 'Asar pada waktunya, sebelum tiba ke Bani
Quraizah.

Kedua-dua perbuatan sahabat yang berlainan oleh berlainan ijtihad sampai
kepada Nabi saw beritanya, dan Nabi saw tinggal berdiam diri tidak
membantah apa-apa.

Contoh yang kedua sebagaimana yang diriwayatkan bahawa Khalid bin Walid
pernah memakan dhob (serupa binatang biawak) kemudian dikemukakan orang
kepada Nabi saw. Nabi saw sendiri enggan memakannya, maka bertanya
sebahagian sahabat:

"Adakah diharamkan memakannya ya Rasulullah? Lalu ia bersabda: Tidak! cuma
binatang itu tidak ada di negeri kaumku, kerana itu aku tidak gemar
kepadanya."

Selanjutnya pernah juga dinamakan sunnah itu suatu yang ditunjuki oleh
dalil syara', baik berdasarkan dalil Qur'an atau pun berdasarkan hadith,
mahu pun berdasarkan ijtihad para sahabat, seperti mengumpulkan mashaf
(Qur'an) dan menyuruh manusia membaca menurut suhuf 'Uthman, dan seperti
membukukan ilmu (menyusun dan mengarangnya).

Lawan dari sunnah ini ialah bid'ah, inilah yang dimaksudkan oleh hadith:

"Berpeganglah kamu sungguh-sungguh dengan sunnahku dan sunnah
khalifah-khalifah yang mendapat petunjuk sesudahku." [Abu Daud &
Tarmizi]

Sementara itu ulama' fiqh berpendapat, bahawa suatu yang diterima dari
Nabi saw dengan tidak difardhukan dan tidak diwajibkan dinamakan sunnah.
Imbangannya ialah wajib, haram, makruh dan mubah. Lawannya ialah bid'ah;
talak yang dijatuhkan dalam haid menurut mereka dinamakan: talak bid'ah.

Ulama' Syafi'e mengatakan bahawa sunnah itu: ialah suatu yang dipahala
orang yang mengerjakannya, tidak disiksa bagi orang yang meninggalkannya.

Menurut ulama' mazhab Hanafi, sunnah itu: ialah suatu yang disunnahkan
Nabi saw atau para khalifah serta dikekalkan mengerjakannya, seperti
azan dan berjema'ah.


PERBEZAAN ANTARA HADITH DENGAN HADITH QUDSI

Dalam kitab-kitab hadith didapati hadith Qudsi. Ulama' hadith mengatakan
bahawa hadith Qudsi itu: ialah perkataan Nabi saw yang disebut dengan
mengatakan Allah bertitah , disandarkan perkataan itu kepada Allah dan
diriwayatkan daripadanya.

Kesimpulannya Hadith Qudsi: ialah titah Allah yang disampaikan kepada
Nabi saw di dalam mimpi atau dengan jalan ilham, lalu Nabi saw
menerangkan apa yang disampaikan itu kepada umatnya dengan ibarat atau
susunan perkataannya sendiri serta menyandarkan kepada Allah; sedang
hadith-hadith yang lain tidak demikian itu. Hadith Qudsi itu dinamakan
juga Hadith Ilahi atau Hadith Rabbani.

Dan pernah pula dibezakan Hadith Qudsi dengan yang lainnya; iaitu segala
hadith yang bersangkut dengan kebersihan atau kesucian zat Allah dan
sifat-sifat kebesaran dan kemuliaanNya. [Kitab al-Dar al-Nadid min
Majmu'ah al-Hafid]

Contoh Hadith Qudsi itu, Rasulullah saw bersabda:

"Firman Allah Ta'ala: Tiap-tiap amal anak Adam untuknya kecuali puasa,
maka sesungguhnya puasa itu untukKu, dan Aku akan memberi balasan
dengannya. Dan puasa itu perisai, maka apabila seorang kamu berpuasa
janganlah ia memaki-maki, mencarut-carut dan janganlah dia
menghiruk-pikukkan; maka jika dia dimaki oleh seorang atau hendak
dibunuhnya, hendaklah ia katakan: aku ini berpuasa." (Hadith riwayat
Bukhari & Muslim)

Rasulullah saw bersabda:

"Firman Allah Ta'ala: Aku menurut persangkaan hambaKu dan Aku bersamanya
di mana saja ia sebut (ingat) akan daku." (Hadith riwayat Bukhari &
Muslim)

[Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Sharif an-Nawawi]

ISTILAH-ISTILAH DALAM ILMU MUSTALAH HADITH

Istilah: Pengertian

Ilmu Mustalah Hadith: Ilmu mengenai kaedah atau usul yang dapat dikenali dengannya hal ehwal sanad dan matan dari segi penerimaan atau penolakannya.

Hadith: Segala apa yang disandarkan kepada Rasulullah saw sama ada percakapan, perbuatan, diam, setuju atau sifat-sifat baginda sama ada sifat zahir atau batin.

Sunnah: Sama maksudnya dengan hadith.

Khabar: maksudnya lebih umum daripada hadith, meliputi apa yang diriwayatkan dari nabi saw dan selainnya.

Athar: Sesetengah ulama berpendapat, ia merujuk kepada kata-kata sahabat ra.

Hadith Qudsi: Hadith yang lafaznya adalah daripada Nabi saw manakala maknanya daripada Allah swt sama ada melalui mimpi atau ilham.

Sanad: Rangkaian perawi atau jalan yang menyampaikan kepada hadith.

Matan: Lafaz-lafaz hadith yang membentuk pengertian

Isnad:
iaitu menyebutkan hadith itu kepada orang yang mengatakannya. Sanad dan isnad hampir sama ertinya; keduanya adalah penting untuk menentukan nilaian hadith. 'Abdullah bin Mubarak berkata: "Isnad adalah dari urusan agama, dan kalaulah tidak kerana isnad, nescaya berkatalah orang yang mau apa yang ia mau berkata."

Musnid: Orang yang meriwayatkan hadith dengan isnadnya.

Musnad: Kitab-kitab hadith yang disusun mengikut nama para sahabat yang menyampaikan hadith.

Musannid: iaitu orang yang meriwayatkan hadith dengan isnadnya.

Muttafaq ’Alaih: Hadith yang disepakati oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Muhaddith: orang yang mahir dengan hadith dan menghafal kurang daripada 100000 hadith.

Al Hafiz: Menghafaz sebanyak 100,000 hadith dengan isnadnya.

Al Hujjah: Darjatnya lebih tinggi daripada al Hafiz. Menghafal 300000 buah hadith termasuk matan, sanad, jarh, ta’dil dan sejarahnya.

Al Hakim: Darjat tertinggi di kalangan ahli hadith. Mengetahui segenap hal berkenaan hadith, menghafal lebih daripada 700000 buah hadith.

Mutawatir: Hadith yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang mana tidak munasabah mereka bersepakat untuk berdusta terhadap hadith nabi.

Ahad: Hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi atau lebih tetapi tidak mencapai darjat mutawatir.

Asal sanad: terdiri drp para sahabat.

Awal sanad: Perawi yang terakhir seperti Imam Bukhari.

Akhir sanad (Muntahāhu): terdiri drp para sahabat.

Al Lāhiq: Perawi yang terkemudian meninggalnya.

Al Sābiq: Perawi yang lebih awal meninggalnya.

Ilmu Jarh wa Ta’dil: Ilmu yang membincangkan tentang kualiti para perawi hadith.

Ilmu Ma’rifat al Sahabah: Ilmu pengenalan tentang sahabat.

Ilmu Tarikh al Ruwat:
Ilmu yang membahaskan tentang sejarah hidup para perawi, tempat lahir, tarikh lahir, kematian, mazhab yang diikuti, negeri yang pernah dilawati dan apa-apa yang berkaitan dengannnya.

Ilmu Masikh Mansukh: Ilmu yang membahaskan tentang hadith yang telah dinasakhkan dan hadith yang menasakhkan.

Ilmu Gharib al Hadith: Ilmu yang menerangkan tentang perkataan yang terdapat dalam matan hadith di mana ia sukar difahami maknanya.

Ilmu ’Ilal Hadith: Ilmu yang membahaskan tentang kecacatan yang tersembunyi dalam hadith dan ia boleh mencacatkan hadith tersebut.

Al Jarh: Menyebutkan sesuatu keaiban yang terdapat pada seseorang rawi yang boleh menyebabkan hadith yang diriwayatkannya tertolak.

Al Ta’dil: Menyifatkan seseorang hadith dengan sifat-sifat yang menyebabkan dia dinilai sebagai adil dan menjadi asas penerimaan hadith yang diriwayatkannya.

Istikhraj dan Ikhraj:

iaitu mengambil sesuatu hadith dari sesuatu kitab, dan mencari sanad yang lain dari sanad penyusun kitab itu, atau menerangkan bahawa hadith itu dipindahkan oleh penyusun dari kitab yang lain; umpamanya dikatakan: Akhrajah Al-Bukhari, ertinya: mengeluarkan hadith itu oleh Imam Bukhari; maksudnya ada disebut di dalam Bukhari dan ia memindahkannya ke dalam kitabnya.

Riwayat: iaitu memindahkan hadith dari seorang kepada seorang yang lain, dan orang yang memindahkan disebut rawi.

Khamis, 24 Jun 2010


You come to me by your own way..you touch my heart..I set you in my heart..i know something you feel about me..when I looking at you..there were something inside you..and this world doesn’t know..it grow and grow..inside you..any way that compare with everything you do to me..what make you different..and make you beautiful to me..you touch my heart..you come with something prove to me..you don’t know how you make my life brief..you are important to me..now and forever..because I LOVE YOU..my dear HUSBAND

Disebalik redup matamu..tersimpan satu rahsia yang terbuku diruangan hatimu..
Disebalik senyumanmu..tersirat simpulan..deritanya..hanya kau yang tahu..
Kau setia menanti..kau setia mengharungi..biarpun ribut badai melanda..
Kau teguh berdiri walau deras angin berderu..kau tetap disisiku..
Ku doakan agar kau bahagia..ku doakan agar tiada lagi derita..
Moga tuhan kan merahmatimu..disyurga yang selayaknya..
Setiamu padaku amat ku hargainya..kerana engkau suami yang amatku sanjungi..kerana kaulah yang bersemi dihatiku kini..Ku doakan agar kau bahagia..ku doakan agar tiada lagi derita perpisahan ini..pemisah kita lautan benua..moga tuhan kan merahmatimu disyurga yang selayaknya untuk seorang suami yang setia menanti kepulanganku dimedan perjuangan..

Rabu, 23 Jun 2010

BECAUSE YOU LOVE ME

For all those times you stood by me..for all the truth that you made me see...for all joy you brought to my life...for all the wrong that you made right..for every dream you made come true...for all the love i found in you..you all the one who held me up..never let me fall..you are the one who saw me through..through it all..
you were my strength when i was weak..you were my voice when i could speak...you were my eyes when i couldn't see..you saw the best there was in me...lifted me up...when i couldn't reach...you gave me faith cause you believed...i'm everyhing i am because you love me
you gave me wings and made me fly,you touched my hand I could touch the sky, I ost my faith,you gave it back to me,you said no star was out of reach.you stood by me and I stood tall,I had your love and I had it all,I’m grateful for each day you gave me,may be I don’t know that much,but I know this much is true,I was blessed because I was loved by you..
you were always there for me,the tender wind that carried me, a light in the dark shining your love into my life..You‘ve been my inspiration,through the lies you were the truth,my world in better place BECAUSE OF YOU
you were my strength when i was weak..you were my voice when i could speak...you were my eyes when i couldn't see..you saw the best there was in me...lifted me up...when i couldn't reach...you gave me faith cause you believed...i'm everyhing i am BECAUSE YOU LOVE ME

Rabu, 9 Jun 2010


قال الله تعالى :
ولا تهنوا ولا تحزنوا وأنتم الأعلون ان كنتم مؤمنين
“Janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu bersedih kerana kamulah orang-orang yangberuntung sekiranya kamu beriman” {Surah Ali Imran: 139 }

Beruntunglah insan-insan yang diuji oleh ALLAH kerana ujian itu adalah tarbiyah terus daripada ALLAH kepada kita. Insan-insan yang sentiasa diuji inilah insan yang menjadi pilihan ALLAH,ujian ini adalah untuk menguji tahap keimanan kita..Allah rindu mendengar tangisan khauf dan raja’ hamba-hambanya yang soleh yang memohon dan tak pernah berhenti berharap padaNYA.Muhasabah diri kita balik, berapa kerap kita mengalirkan airmata bersungguh-sungguh bila mengenangkan azab dan murka ALLAH..kita hanya menangis bersungguh-sungguh bila kita rasa tak terdaya menanggung ujian. Jadi, ALLAH nak mengajar kita erti dan hakikat seorang hamba yang benar-benar mengharapkan Rahmat dan Kasih ILAHI dan sepenuh pergantungan pada-NYA. Jangan mudah berputus asa kerana Rahmat dan Kasih Sayang ALLAH meliputi segala-galanya. Selagi mana kamu yakin dengan janji-janji-NYA, kamu takkan pernah rasa berputus asa..dan selagi mana kamu kukuh kejapkan keyakinan dan kecintaan kamu pada ALLAH, nescaya janji-janji-NYA bukan sia-sia. Yakin..yakin..dan yakinlah, pasti mentari bahagia akan menjelma dan pasti tercoret sejuta hikmah disebalik ujian yang menimpa…bisikkan ke dalam diri, pasti ku temui bahagia suatu ketika nanti. Dan jangan kita lupa orang yang dilimpahi dengan kesenangan juga diuji ALLAH dengan ujian kemewahan dan kebahagiaan yang akan melalaikan mereka. Ingat dan hakikat kita sebagai hamba-NYA, ujian ALLAH tak mengira masa, tempat, keadaan..Cuma kita perlu menjadi jiwa yang redha dan menerima..kerana dari situlah jiwa kita ditarbiyyah dengan sifat sabar dan ikhlas


Duhai kalbu..
Amat sukar kutafsir nurani yang membisu..
Walau pada haqnya..amat lancar melontarkan kata-kata..
Dalam kepiluan menerima suratan..
Keredhaan yang utuh dibangunkan…tertarah juga dek linangan air mata…
Walau jasadi sedaya upaya memangkas semua itu daripada berpucuk di hati…
Tapi apalah qudrat seorang hamba..ilmunya tak terjangkau ke sebalik dimensi kehidupan…
Kata hati kadangkala sememangnya amat sukar untuk ditelah..
Sok kuat tiada maknanya seketika..
Hakikat insaniah yang lemah…
Merungkai kebenaran…
Ya Allah yang maha kuasa..
Ku tahu…inilah yang terbaik untukku..
Kerna mata kasarku masih belum berupaya untuk menerjah
Natijah disebalik kepayahan..
Rahmat disebalik ujian…
Dan nikmat disebalik musibah..
Kugagahi jua perjalanan ini..
Mengampuhkan benteng keimanan dengan kalamMu alquran..
Ingatan pembasah bibir hanya padamu yang maha mendengar..
Ketentuan dan ketetapan…
Bakal menemukan cahaya yang ingin dicari…
Semoga kasihku dan kasihMu bersimpul erat..
Menjadi wasilah padaMu sang Khaliq..
Keutamaan cinta yang kekal abadi…

Rabu, 2 Jun 2010

Bila kau letih&hilang semangat..Allah tahu betapa dirimu tlh mencuba sedaya upaya..bila tangisanmu berpanjangan&hatimu kedukaan..Allah tlh mengira titisan air matamu..bila kau rasa ketinggalan&masa meninggalknmu..
Allah setia disisimu,bila kau mencuba segalanya..tapi tak tahu tujuan..Allah ada jalan penyelesaiannya..bila tiada bererti buatmu keliru&kecewa..
Allah adalah jawapannya...

THANKS ALLAH FOR GIFT THIS LOVE

Red Roses